Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

DIY Face Masker

Salam Semua

Jom buat Masker sendiri nak tak?? Mudah dan menjimatkan.. Orang tak puas hati cakap "ish kau ni nk jimat duit je.. tak mampu la tu nak beli" Aku cakap "watever" .( Mood tak puas hati ngan orang yg bajet guna barang riban2 then nak compare ngan orang guna produk murah.. Damn... Ok la benda baik dan elok aku nak share kat korang-korang yang sudi nak baca entry ni sbb Sharing tu kan Caring. Hehe.. Selain daripada mudah dan menjimatkan, yang paling penting non hadoo kimia... Hehe.. Asli gitu...


Bahan-bahan nye

Timun (agak-agak sebatang la mudah)
Lemon (sebiji- kdg aku guna dua)
Penyagat
Penapis teh (lupe nak letak dlm gambar)
Bekas bertutup (utk simpan dlm peti)
DIY Compressed Face Mask ( leh dapat kat Watson RM-5.90 utk 12 sheet)


Cara-caranye..

1. Cuci timun tu dulu then korang sagat macam gambar kat bawah ni.




2. So hasil timun yang disagat macam kat bawah ni.



3. Ambil penapis teh then perah timun yang disagat td amik air timun tu je ye. Da dapat air perah lemon and    amik jus die je (biji lemon buang ok)



4. Da pun siap hasil campuran air timun dan jus lemon. So dah boleh guna da.. Lau rasa macam susah je penerangan aku ni and nak lebih detail ala-ala video kan, ok la tgk VIDEO NI


Kenapa aku pilih wat masker ni? Sebab muka aku banyak parut jerawat. Biasa la orang degil tak nak dengar ckp orang tua kan. Terimalah akibatnye. Sungguh menyesal. So bile pakai masker ni ok la sikit, muke kurang berminyak and scar makin pudar cuma aku kena bersabar tahap dewa. Aku memang kurang sabar ngan produk-produk. Lagi-lagi lau yang kureng memberikan hasil.. So akhir kata dari aku, selamat mencuba. Lurviey pun pakai jugak.. Hehe..

IKLAN: DPTKAN COLLAGEN EYE MASK YANG MURAH... BAGUS UTK MERAWAT MATA YANG SEMBAB, LINGKARAN HITAM, KEDUTAN DI KELILING MATA. PM SAYA DI 0179656087 ATAU PM DIRECT DI FB https://www.facebook.com/StylezStoreHouse

P/S: U punye masker RM2500 i punye RM2.50 :p


0 Comment for "DIY Face Masker"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top