اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
[Auto post entry]
Seperti yang dijanjikan,hari ni up pasal resepi Blueberry Cheese Cake. Inilah cake yang paling mudah untuk dibuat cuma bahannya agak mahal sikit. Emm.. Rasanya tak de la mahal sangat kot.
PERINGATAN:RESEPI INI TIDAK MEMERLUKAN OVEN. HANYA PERLU ADA FRIDGE!!!
Bahan-bahan
- 500g cream cheese
- 250ml whipping cream
- 75g butter *double boil*
- Biskut marie 14keping yang telah dihancurkan *guna biskut lain pun boleh
- 2/3 sudu besar lemon
- Jem atau buah Blueberry/Strawberry/Oreo *ikut suka hati anda
Cara-cara
Langkah 1
- Panaskan butter dengan menggunakan kaedah double boil atau boleh juga guna microwave.
- Kemudian, campurkan butter tadi ke dalam biskut yang telah dihancurkan. Gaul sehingga sebati.
- Lepas tu ratakan adunan tadi ke dalam loyang dan tekan sehingga ianya padat.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit- 60 minit
Langkah 2
- Letakkan cream cheese dan whipping cream dalam mixer. Putar sehingga ia sebati.
- Kemudian masukkan lemon 2 atau 3 sudu. Bergantung kepada tahap masam yang kalian nak. Then putar lagi sehingga sebati
Langkah 3
- Setelah adunan langkah satu telah keras, ratakan adunan yang telah diputar di langkah 2. Kemudian letakkan jem di bahagian atas sekali dan boleh disejukkan di dalam fridge 6-8 jam.
*Boleh juga mix oreo di langkah 2 atau buah-buahan. Bergantung kepada kreativiti dan lidah dan tekak kalian. Selamat Mencuba!!!!
P/S: Nak buat kat hostel tapi tak de mixer. Jadi lupakan sahaja hasrat nak buat cheese cake.
13 Comment for "Resepi Blueberry Cheese Cake Mudah"
snng dan sedap!
hehe...sedapnyer blueberry cheese....suka sangattttt
salam naniey sayang...naniey sihat? lama kak intan x singgah sini...maaf ya..wah wah sedapnya....huhu
waa takde telur.. i like.. hihi.. mesti cuba ni. tunggu semua balik nanti. tq share nani. cikna culik resepi ye.. ;)
xperlu oven kee..
senangnyee...
nanti boleh cuba.. :)
Best tu blueberry kek :)
Ada resepi ni nanti my adik balik blh ajak dia wat :)
Thanks..
ooo sennag je yer upenya.. lenkali kalau ada kerajinan + ada bahan leh try :-)
sedapnyerrr naniey..nanti nk try jglah
Terima kasih, saya pun nak cubalah
woot woot.. cikna dtg lg.. hehe.. nani nk tanya, resepi ni mmg xde masuk ape2 pemanis ke e.g. gula @ susu.. ke jem blueberry dh cukup manis utk whole cheesecake tu? hihi.. excited study resepi sbb xsabar nk buat.. ;)
nice, senang dah sedap.tq 4 da recipes :)
Selamat petang naniey! Datang sini cedok resepi.. Hehe.. Ala, tp mixer pulak takde.. Pukul pakai tangan jadi tak agak2? Huhu..
ZON PERMAISURI CHOMEL
resepi yang sangat senang..thanks atas perkongsian..bahan pun tak banyak sangat..nanti nak try buat..
http://permatahatibidadariku.blogspot.com/
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)