Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Review Sephora Nano Eye Pencil

Assalamualaikum...

Macam yang telah dijanjikan dalam entri yang lepas, hari ni nak review Sephora Nano Eye Pencil. Berbaloikah?? Disebabkan balance ngam-ngam RM21 masa shopping kat Zalora last week so saya pun decide ambil la eye pencil ni dan kebetulan eyeliner saya pun dah habis.



Tu die. Pendek je eye pencil ni. Saya ambil code 01 (midnight black). Warna memang hitam pekat. Saya suke.. Kat bawah ni warna eye pencil bile swatches kat tangan. (no filter/no edit).


Kat bawah ni bile dah apply kat mata. Warna memang dah cantik, hitam pekat tapi masa nak apply tu rasa macam susah je.. Nak kena apply banyak kali. Then kalau pakai eyeshadow lagi ler susah nak apply. Sebab tu saya lebih prefer liquid eyeliner. Senang nak apply, tak mudah tanggal kalai mata berpeluh/berminyak. Kalau pencil dan gel sangat la comot bile mata da berpeluh/berminyak. Memang a big NO NO untuk eye pencil ni. 



Btw, saya ada baca review from other buyer kat official website Sephora. Ada yang cakap ok and superb, puas hati and ada yang tak berapa ok. But mostly cakap ok. Saya? Ni yang pertama dan terakhir cuz I'm prefer liquid eyeliner. Memang tak berapa puas hati sebab tak kena dengan jiwa. Lol.. But frankly speaking rasa menyesal kot tapi it's ok la. Kalau tak cube tak tahu kan. Nanti nak cube brand Sephora untuk liquid eyeliner plak. My fav eyeliner is In2it Liquid Eyeliner. Almost 7 years guna eyeliner dan so far masih setia dengan brand In2it. Murah, cantik dan senang nak apply. Review --> [In2it Liquid Eyeliner] . Terima kasih singgah dan sudi membaca.. Kalau tau ada eyeliner yang best sila tinggalkan komen kalian. Warna hitam and liquid. Lagi pekat hitam lagi iolss suke..



4 Comment for "Review Sephora Nano Eye Pencil"

cantiklah naniey...kak lebih prefer yg pensil mcm ni

yg husna guna tu maybelline..kayu pencil dya warna hitam.. bkn jenis yg kayu coklat tu.. yg tu mmg lembut, sng lekat..;)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top