اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Salam Sayyidul Ayyam. Teringin nak makan nasi dagang tapi kat mane nak dapat kat KL nih. Craving gilos. Tahan je dulu balik makan CNY nanti la kat rumah. Lagi puas hati. Ok hari ni nak kasi feedback untuk Cetaphil Skin Gentle Cleanser.
Before this masa 2010 jerawat agak teruk and my cousin suggest gune Lactacyd Face Cleanser (tapi sekarang lactacyd tak keluarkan lagi kot cuz dua tahun lepas saya cari kat watson/guardian, dorang cakap tak de jual). Masa guna lactacyd tu within one month clear semua jerawat and dua minggu pertama memang kulit muka kering dan menggelupas. Then dah ok as usual and settlekan masalah parut pulak. Lactacyd tu saya guna skali dengan Dalacin-T. Kalau nak purchase dalacin-t kena check dengan pharmacist sebab itu ubat kawalan. Masa saya beli tu pun kena tulis name. Maybe depend kat mane kalian beli.
Another product yang seakan sama dengan Lactacyd is Cetaphil and most of acne survivor yang jumpa dermatologist memang akan bagitau yang doc suruh dorang cuci guna cetaphil.
My Review
- First two week kulit akan kering tapi tak menggelupas
- Kulit rasa bersih dan segar
- Memang rasa tak best bile cuci muka tak de buih tapi rasanye lembut sangat. (Sama seperti lactacyd tak de buih jugak)
- 1 botol boleh tahan almost dua bulan dan cuci muka pagi dan malam sahaja.
- At the moment saya dah stop guna Cetaphil cuz no more acne, yang ada now pun sebiji dua sebab menses. So back to my routine cleanser, Sabun Susu Beras. Kalau make up , saya remove dengan cuci guna Pembersih Muka Safi Gamat sebab cleansing water dah habis dan wet tissue pun tak de. Grr. Cuci guna pobling. Just notice yang my face dah getting better from acne. Sangat berjaga-jaga sekarang sebab dah penat kot nak beli itu ini.
- Cetaphil saya hanya guna bile minyak terlebih or ada tanda-tanda jerawat nak naik.
- Boleh juga guna kat badan (tapi saya tak pernah guna)
- Harga yang berpatutan sebab tahan lame. Saya beli dalam RM26++ Kalau takut nak beli yang besar boleh beli trial kit. Ada Cetaphil Cleanser dan Cetaphil Moisturizing Cream
+-RM12.
So bile ada jerawat saya tepek arche pearl cream sebab tak nak bagi die jadi parut hitam. Bile jadi parut merah mudah nak hilangkan. Untuk derma rolling sekarang saya hanya sebulan sekali.
So those yang ada masalah jerawat yang dah penat nak cuba itu ini dari yang mahal sampai yang murah boleh la try cetaphil. Yang ada masalah jerawat batu pun ada yang guna cetaphil hilang. Or else boleh consult dengan doktor kulit. Tapi ada jugak yang jumpa doktor kulit tapi tak selesai masalah. Jangan degil macam saya, dah kena warn dengan Lurviey stop pakai bedak miami tetap nak pakai sudahnye parah sampai sekarang (bedak miami tak salah, tapi kulit saya tak sesuai dengan bedak tu. Take note!) .. Salah sendiri jadi kena terima la kan.. Plus dengan faktor stress untuk conduct counseling session dengan klien especially yang kena record video (masa kat uni dulu). Time flies, masih ada sedikit rindu untuk sesi kaunseling dengar masalah orang dan at the same time we learn something dari masalah atau isu seseorang. Melalut sudah!
My current skincare routine !
My current skincare routine !
7 Comment for "Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Masalah Jerawat "
pernah nampak ni dan heard good review about this product..tp skrng ni guna pencuci muka Origins shj..serasi kot guna..dan nasib baik sbb sy x guna mekap..so kurng brg dan punca masalah..hehe..
wah.. bagus ni.. rasa nak membeli dah ni.. cetaphil dengan safi gamat tu.. muka jenis berjerawat
Didie: tu la.. ikut keserasian. So far ok gune tiga tiga produk ni. Bile ada jerawat bru ctaphil then back to safi n sabun susu beras :)
Tenku Butang : lame menyepi :) hehe.. cpt2 beli.. Mane tau serasi dgn kulit :)
Assalamualaikum, wah terima kasih sis. Sy antara salah seorang yg dah penat berubat. Lagi pun sy pelajar jd agak susah nak pakai product yg terlalu mahal. Sy pun nak cubalah cetaphil ni, hmm jerawat makin tumbuh macam cendawan dah ni 😭😭
Assalamualaikum, wah terima kasih sis. Sy antara salah seorang yg dah penat berubat. Lagi pun sy pelajar jd agak susah nak pakai product yg terlalu mahal. Sy pun nak cubalah cetaphil ni, hmm jerawat makin tumbuh macam cendawan dah ni 😭😭
Assalamualaikum, wah terima kasih sis. Sy antara salah seorang yg dah penat berubat. Lagi pun sy pelajar jd agak susah nak pakai product yg terlalu mahal. Sy pun nak cubalah cetaphil ni, hmm jerawat makin tumbuh macam cendawan dah ni 😭😭
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)