Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Review IN2IT Sheer Natural Gel Foundation

Review IN2IT Gel Foundation | Drugstores Foundation | Gel Foundation | IN2IT Sheer Natural Gel Foundation | Naturactor Foundation | Skin79 BB Cream


Assalamualaikum

Gara-gara Naturactor dah nak habis, terpaksa la cari yang foundation baru untuk sementara. Gigihlah saya mencari di Watson nak beli yang mane satu. Tak nak yang mahal-mahal sebab nak guna dan cuba je. Mostly yang saya jumpa BB Cream. Emm.. Lastly ambil la IN2IT Sheer Natural Gel Foundation ni. Tak nak beli BB Cream sebab Skin79 BB Cream masih ada.

Kalau brand IN2IT saya suke beli liquid eyeliner die. Suka berus eyeliner die sebab mudah nak apply. Guna Everbilena Liquid Eyeliner pun saya guna berus eyeliner IN2IT. Sharp dan lebih kemas dan tak comot masa apply. Ok berbalik kepada Foundation yang saya rase menyesal sangat-sangat beli ni;

Claims
  • Sheer & Light - Water based dan mudah apply dan blend. Mengandungi Bisabolol untuk melegakan dan memelihara kulit. Bahan semulajadi, tiada bau dan oil free
  • Waterproof- Kekal sepanjang hari.
  • Pelindung Matahari SPF25++
  • Dengan pemutihan- Mengandungi Vitamin C untuk mencerahkan
  • Dengan Pelembap- Mengandungi Aloe Vera dan Vitamin
 
Review
  1. Harga murah tak sampai RM20 pun
  2. Tekstur ringan agak cair seperti liquid foundation serta tidak berminyak. So tak de isu cakey face if pakai foundation ni
  3. Tak sesuai untuk kulit yang ada masalah sebab very light coverage even dah guna concealer. 
  4. Tak tahan sepanjang hari pun dan mudah dibasuh
  5. Ada 2 shades sahaja #01 Rose Beige #02 Golden Beige 
  6. Overall, memang tak sesuai dengan kulit saya yang ada parut jerawat dan tak tahan lama. Pakai dua atau tiga jam je dah nampak macam tak pakai apa-apapun. Grrrrr.. 

Repurchase? No! 
  
Rase menyesal beli sebab tak boleh nak pakai. Kali pertama pakai memang rase dah tak puas hati. Cuba lagi kali kedua pakai. Memang terus cuci muka sebab nampak macam tak pakai apa. Better Alas Bedak Mustika Ratu! Harga baru je RM6+


  
2 Comment for "Review IN2IT Sheer Natural Gel Foundation "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top