Kanta Lekap Bausch + Lomb Bio True® ONEday | Review Kanta Lekap Bausch + Lomb Bio True® ONEday
Assalamualaikum
SEMUA ORANG SUKAKAN
PEMENANG. PUASKAN MATA ANDA DENGAN BAUSCH + LOMB Biotrue® ONEday, KANTA LEKAP YANG MENETAPKAN
STANDARD BARU
DALAM INDUSTRI KANTA LEKAP.
Apakah
kanta lekap yang ideal? Alice Tan, Profesional Service Manager dari Bausch +
Lomb Malaysia menjelaskan bahawa ciri kanta lekap yang ideal ialah kanta lekap
yang memberi prestasi penglihatan yang memuaskan, selesa serta mengekalkan
fisiologi kornea yang baik, dan mudah
dikendalikan. Selain itu, faktor lain yang perlu dipertimbangkan apabila
memilih kanta lekap yang sesuai adalah keselesaan, kemudahan serta keperluan
bergantung kepada gaya hidup pengguna.
Kanta
lekap Bausch + Lomb Biotrue®
ONEday yang menampilkan bahan revolusi Hypergel dan telah dianggap sebagai
kanta lekap yang ideal oleh ramai professional dan para pengguna kerana kualiti
pemenangnya.
“Hypergel merupakan bahan generasi baru yang direka khas untuk berfungsi seperti mata dengan 78 peratus kandungan air, sepadan dengan kandungan air kornea dan meniru lapisan lipid filem yang terdapat di dalam air mata untuk mengekalkan kelembapan. Diilhamkan oleh biologi mata, hypergel menggunakan sesuatu makromer iaitu Surface Active Macromers yang befungsi seperti lapisan lipid filem air mata untuk menentang dehidrasi dan mengekalkan kandungan air di dalam kanta sehingga 16 jam. Dengan menggabungkan kelebihan hidrogel dan Hidrogel silicon, Bausch + Lomb Biotrue® ONEday mampu mengekalkan 98 peratus kelembapan sepanjang hari, mendahului kebanyakan kanta lekap yang lain, memenuhi tahap oksigen yang diperlukan oleh mata terbuka tanpa menggunakan silikon untuk mengekalkan mata yang sihat dan sepadan dengan kandungan air kornea untuk penglihatan dan keselesaan yang luar biasa sepanjang hari”, kata Alice Tan, Professional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia apabila ditanya mengenai ciri-ciri Hypergel.
Apabila
memilih kanta lekap yang sesuai,ramai berpendapat bahawa kandungan air kanta
lekap perlu dipertimbangkan. Walaupun kandungan air lebih tinggi memberikan
keselesaan awal yang baik, ia tidak menjamin keselesaan sepanjang hari, kerana
ini biasanya menyebabkan kekeringan pada akhir hari. Kanta lekap Bausch + Lomb
Biotrue® ONEday adalah berlainan kerana ia meniru lapisan lipid air mata untuk
mencegah dehidrasi dan memberi
kelembapan sehingga 16 jam, mendahului kebanyakan jenama kanta lekap utama
dalam pasaran hari ini.
Tan
juga menekankan kepentingan aliran oksigen yang baik untuk mata. “Kornea adalah
lapisan paling luar mata yang tidak mempunyai bekalan darah yang tersendiri. Dalam keadaan mata terbuka, kornea menerima
oksigen dari atmosfera. Apabila seseorang memakai kanta lekap dengan
kebolehpindahan oksigen yang rendah, bekalan oksigen ke kornea boleh terganggu.
Ini menyebabkan kornea kekurangan oksigen dan jika keadaan ini berterusan, ia
boleh menyebabkan pembentukan salur darah yang baru untuk mendapat oksigen yang
mencukupi. Komplikasi ini biasa berlaku apabila seseorang memakai kanta lekap
semasa tidur, terutamanya dengan kanta yang tidak direka khas untuk dipakai
semalaman.
Secara umumnya, pemakaian kanta lekap semalaman ataupun dibawa tidur
adalah tidak digalakkan kerana anda meletakkan mata anda terdedah kepada
jangkitan mata dan komplikasi yang lain.” Kata Alice Tan, Professional Service
Manager dari Bausch + Lomb Malaysia. Untuk mengekalkan kesihatan mata, Tan
mencadangkan pengguna untuk memilih kanta lekap yang boleh memberi kandungan
oksigen yang diperlukan untuk mata terbuka dan mendapatkan nasihat lanjut daripada
optometris anda
Hypergel Bausch + Lomb Biotrue® ONEday juga menyediakan perlindungan UV, mampu menghalang 70% UVA dan 95% sinaran UVB.
Walau bagaimanapun, Alice Tan, Professional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia menasihatkan agar
menggunakan kaca mata penyerapan UV seperti gogal penyerapan UV dan cermin mata
hitam untuk perlindungan mata yang lengkap.
*Sila gunakan nombor kerja LOTJ 2017-04-035 sebagai rujukan untuk penerbitan akhir bagi memastikan semua rujukan tersedia untuk sebarang tuntutan justifikasi.
Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday
Tidak seperti kanta lekap
yang lain, mereka berfungsi seperti mata anda.
Untuk keselesaan
penglihatan sepanjang hari
Tentang Biotrue®
Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday merupakan
kanta lekap pakai buang harian premium. Diilhamkan oleh mata manusia itu
sendiri, kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday diperbuat daripada
HyperGel™, satu inovasi yang menggabungkan bahan terbaik daripada Hidrogel
konvensional dan Hidrogel silikon dan bakal menjadi generasi akan datang untuk
bahan pakai buang harian. Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang
berharga RM 125 sekotak dan mempunyai 30 keping kanta lekap ini boleh didapati
di kedai optik terkemuka di seluruh negara. Biotrue® Multi-Purpose Solution juga boleh didapati
dalam pek berkembar (355ml x 2) yang berharga RM61.50.
Tentang Bausch + Lomb
Bausch + Lomb, syarikat Valeant Pharmaceuticals International, Inc.,
adalah sebuah organisasi global kesihatan mata terkemuka yang memberi tumpuan sepenuhnya
dalam melindungi, meningkatkan, dan mengembalikan penglihatan mata para
pengguna. Perniagaan teras kami termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk
penjagaan kanta lekap, peranti pembedahan oftalmik dan instrumen. Kami
membangun, mengeluar dan memasarkan salah satu portfolio produk yang paling
komprehensif dalam industri kami dengan produk yang terdapat didalam lebih
daripada 100 buah negara. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah salah satu
daripada 43 pejabat global yang mengedarkan jenama kesihatan professional dan jenama
penjagaan kesihatan mata seperti Biotrue®, PureVision®, SofLens®, Lacelle®,
Re-nu® dan banyak lagi.
My Review
- Sangat selesa bile pakai. Tak rasa kering dan tak terasa macam pakai contact lense walaupun pakai lebih dari 8 jam. Biasanya saya pakai lense bile ada keje kat luar dari jam 1.30 sampai pukul 12 malam. Lame kan? Memang lame.. Tapi mata tak kering dan berair pun.
- Harga berpatutan dan yang penting ianya selamat untuk mata kalian.
Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd. Public Relations – EverQuest Sdn. Bhd
Vivian Hoong, Brand Manager (Vision Care) Jay Mee Chuah, Marketing Director.
Email: Vivian.Hoong@bausch.com Email: jaymee@everquest.com.my
Tel: +603-7680 8830 Tel: +6012 201 2088
Tag :
review produk
1 Comment for "Kanta Lekap Bausch + Lomb Bio True® ONEday"
Tengah survey2 contact lense yg selesa.. jumpa kat sini.. okay, nanti boleh try.. tq for sharing nanie..😘
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)