Pembayaran Dan Kiriman Wang Dengan Western Union | Cara Buat Pembayaran Dengan Western Union | Charge Rate Western Union Malaysia | Pengalaman Menggunakan Servis Western Union
Assalamualaikum
Tertarik untuk berkongsi pengalaman membuat pembayaran menggunakan Western Union. Terus terang saya lebih suka pembayaran melalui Paypal ataupun Debit Card bila melibatkan urusniaga luar daripada Malaysia. Western Union ni macam leceh sikit bagi saya. Dan ini adalah kali pertama saya menggunakan Western Union. Pengiriman wang boleh dibuat di pejabat pos atau agen-agen Western Union.
- Borang yang perlu diisi (Hanya perlukan nama/no telefon dan no kad pengenalan)
- Salinan IC
Semasa saya ke pejabat pos Amcorp Mall untuk urusan pengiriman wang ni, ada masalah sebab tak lepas masuk sistem katanya. Nasib baik la orang pos ni suggest suruh ke Ground Floor kat money exchange service, (NS Cashpoint Sdn Bhd) .. Alhamdulillah settle.
Jangan lupa bawak duit lebih sebab nak kena bayar transfer fee. Kadar transfer fee mengikut negara. So tak perlu risau berapa ratus or ribu kalian hantar transfer fee tetap sama. Sehari sebelum saya ke Western Union saya call customer service WU untuk mengetahui jumlah transfer fee. Selepas pembayaran kalian akan dapat sekeping tax incoive yang mengandungi NO MTCN. NO Mtcn ni penting dan kalian kena beri pada penerima wang (untuk die collect wang tersebut).
Selepas penerima collect wang tersebut kalian akan dapat SMS wang telah pun di ambil oleh penerima. (Rujuk gambar). Boleh juga track secara online menggunakan No Mtcn di website western union. Mudah kan? Sekian sahaja perkongsian pengalaman saya menggunakan Western Union buat kali pertama. Fuhhh..
0 Comment for "Pembayaran Dan Kiriman Wang Dengan Western Union "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)