Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Review Laneige Sleeping Mask Untuk Bibir Kering Dan Merekah

Review Laneige Sleeping Mask | Review Lip Balm | Produk Bagus Untuk Bibir Kering Dan Merekah


Assalamualaikum 

Kalau korang sedang mengalami masalah bibir kering, menggelupas korang kena baca entri ni. Honest review daripada aku. Bukan entri berbayar ye. Bibir aku mudah kering dan salah satu penyebabnya adalah aku jenis kurang minum air.. So, dah banyak produk aku cuba (lipice, nivea, mentholathum..) dan salah satu yang aku pernah review adalah Palmer's Cocoa Butter. <-- klik untuk baca . 

Sebenarnya aku jumpa produk ni secara tak sengaja masa nak beli barang kat shopee. Aku tengok review pun bagus, why not aku give a try kan? Aku beli sample Laneige Sleeping Mask ni. Dan yang pasti ianya original dan trusted seller. Hati hati tau kalau nak buat pembelian sebab ada yang fake Laneige Sleeping Mask ni. 

Apa yang istimewa dengan Laneige Sleeping Mask ni?

  • Laneige Sleeping Mask diperkaya dengan Berry Mix Complex, mengandungi ektrak raspberry, strawberry, cranbery, blueberry  untuk membuang kulit kering, menggelupas dibibir pada waktu malam dan menjadikan bibir korang lembut keesokan harinya. 
  • Laneige Sleeping Mask juga mengandungi mineral asid hyaluronik untuk melembapkan kulit bibir dan mengekalkan kelembapan sepanjang malam. 

Review Laneige Sleeping Mask 

  1. Harga untuk sample 3g sangat affordable dan sesuai untuk korang yang nak try sebelum purchase yang botol besar (20g) Aku beli sample ni RM8.30 dan harga untuk botol besar 20g RM75 macam tu
  2. Kalau beli yang 20g tu die akan bagi sekali dengan brush gitu dan untuk sample ni tak de ye. Jadi macam kurang hygiene la sikit.  Jadi, pastikan tangan korang betul betul bersih sebelum oleskan ke bibir korang. 
  3. Sepanjang aku guna untuk 2 minggu sleeping mask ni memang ni adalah produk bibir yang terbaik bagi aku sebab memang bibir aku lembap dan rasa lembut. bila bangun pagi next day. 
  4. Bila apply pada bibir, tak rasa sticky macam some of the product yang aku pernah cuba. Rasa macam greasy gitu. Laneige Sleeping Mask ni memang tak greasy langsung. Bangun next day pun elok je lagi kat bibir. 
  5. Walaupun ada wangian, bau dia tak menyengat pun. Sangat light bau dia. Highly recommended ! 

Laneige Sleeping Mask ni adalah winner Best of Beauty Allure 2019 bagi kategori produk bibir (lip balm) . Kalau korang tanya aku memang aku recommend sangat produk ni berbanding lip balm lain yang pernah aku guna. 

Sekian review kali ni. Till then, see you next entry ! 

 

0 Comment for "Review Laneige Sleeping Mask Untuk Bibir Kering Dan Merekah"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top