Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Resepi Bukan Daging Harimau Tapi Menangis Juga

 Assalamualaikum.. 

[Repost semula sebab breadcrumbs issue menyebabkan aku terpaksa revert to draft entri ni]

Resepi Ala Daging Harimau Menangis | Terus terang aku tak pernah makan daging harimau menangis. Dan selepas viral isu mak Neelofa nak patent Daging Harimau Menangis ni, aku ternampak pos berkenaan bahagian harimau menangis. 

Ni la bahagian harimau menangis tu. Aku tengok Tunku Azizah pun ada sharing pasal ni kat IG beliau. Bahagian harimau menangis tu mesti mahal kan? Dan adakah seller yang jual dan claim daging harimau menangis tu memang jual bahagian bottom sirloin? Jeng jeng jeng.. Lepas tu jual harga mahal pula tu. Kenapa panggil HARIMAU MENANGIS ? Daging harimau menangis ni dikaitkan dengan harimau yang tak dapat makan daging bahagian bottom sirloin tu sampai menangis. Tu la kisahnya ! 

Aku buat sendiri je. Bukan daging harimau menangis la. Daging biasa je. Potong potong, perap dah siap ! Alhamdulillah sedap juga. Resepi cara aku ni khas untuk orang yang malas tapi nak makan sedap. Bagi aku sedap la. Kalau makan dengan bubur nasi kosong pun sedap. 


 Resepi Ala Daging Harimau Menangis 

  1. Potong daging berlawanan urat tau. Tak payah nipis sangat or tebal sangat. Just nice je
  2. Lepas tu perap dengan sos blackpepper, campur dengan serbuk blackpepper yang kasar, campur kicap manis sikit dan sos tiram sikit. *nak sedap korang letak bbq brown sugar tu. Lupa lah brand apa..
  3. Then rasa la sikit cukup rasa tak. Kalau cukup rasa korang perap la satu jam. Lagi lama lagi sedap 
  4. Panaskan non stick pan, letak butter sikit then grill la daging tu sampai masak. 
  5. Siap ! Aku makan gitu je tak de pencicah pun. 

Ni je la kalau teringin nak makan daging. Kalau nak masak lain aku give up sikit sebab lambat sangat empuk. Kena beli pressure cooker dulu la baru senang nak masak daging. Kalau ikut petua letak sudu besi tu tak jadi pun. Mungkin kena guna sudu tembaga baru cepat.  Korang share sikit macam mana korang bagi daging cepat empuk?




Tag : resepi
21 Comment for "Resepi Bukan Daging Harimau Tapi Menangis Juga"

hehe.. harimau tak menangis, org yg mkn tu menangis

Baru tahu asal-usul nama daging ni huhu :)

Belum pernah makan daging harimau menangis ni..

terliur aihhh tgk.. dah malam ni atie ,sabar

Fiza pun Tak pernah lagi makan daging harimau menangis. Dapat tahu pun masa isu mak neelofa haritu. Haha...

Ouh sekrg baru tahu tentang harimau menangis ni , ingt kenapalah menangis . thank you for simple lovely resepi

Nak menangis sebab terliur tengok hidangan Naniey :)

Pertama kali baca daging harimau..macam2 kan...rajin memasak ni

wow sedapnya, kebetulan mama pun dah perap daging kat umah tu esok nak masak

aKAK PUN BIASA BELI JER DAGING PART YANG BEST2 TU THEN BUAT SENDIRI...NAK BELI YG ORANG JUAL MAHAL..SO SESEKALI BLEH LA BELI,,DAH TAHU BAHANNYA ELOK BELI DAGING BUAT SENDIRI KAN...ALAAAA....CAPITAL LETTER PLAK....MALAS LA NAK BETULKAN

harimau pun pelik kenapa manusia ckp kaum harimau menangis sedangkan dia x nangis pun.. haha.. buat sendiri pun senang je kan bahan² nya tp kalau beli part daging yg x berurat tu mmg makin power lah

Nak beli daging harimau menangis, takut saya je yang menangis.. Hehe

Saya pun tak pernah lansung makan mana mana daging harimau menangis. Nampak sedap tapi tak terasa nak cuba pulak. Mungkin jenis kurang makan daging dan mungkin sebab harganya juga.

Bahagian daging harimau menangis sikit jew. Harganya pun mahal. Tak apalah, gunakan daging bahagian lain, biarlah harimau yang menangis,jangan kita yang menangis hihihihiii.

Saya pun tak pernah lagi makan daging harimau menangis ni, takut saya menangis dulu tengok duit dalam purse takde hahaha >.<

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top