Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Dim Sum Eco Shop Sedap Ke?

 Assalamualaikum... 

Dim Sum Eco Shop | Sedap ke? Korang dah try? Last week aku masuk Eco sebab nak cari a few thing yang dah habis seperti tisu dan bekas untuk letak barang barang kering. Dan kebetulan Eco Shop dekat rumah aku ni ada jual makanan frozen seperti roti canai, pau, dim sum, sosej.

Aku beli dim sum ni sebab aku memang suka dim sum. Teringin pula nak makan dim sum. Sebelum aku pergi Eco aku check dulu apa yang best nak beli kat group di Facebook. Ada yang suggest dim sum ni. Dim Sum Eco Shop ni ada lima jenis; ayam, lada hitam, ayam cendawan dan ketam. Aku beli semua kecuali ketam je. 1 pek ada 4pc bersamaan RM2.10. 

Aku kukus sekali dengan kuih koci frozen yang mama bagi. Memang sedap gila kuih koci ni. The best kuih koci yang aku makan. Tak tahu pula mama beli kat mana.  

Kukus dan siap di makan. Sangat mudah ! Rasa? Memang sedap sangat dan semestinya aku akan beli lagi.

Yang warna merah tu aku tak pasti apa. Kenyal kenyal gitu. Sagu ke? Hehe.. Jangan risau ye sebab ni produk Malaysia dan ada Logo Halal dan boleh makan tanpa was was. Korang dah cuba?


Tag : eco shop, food
3 Comment for "Dim Sum Eco Shop Sedap Ke? "

Nampak sedap plak....terus rasa nak makan dim sum...

Tak pernah tryyyyy, macam takut nak try hahaha.

Biasanya yang ditabur atas dimsum tu telur ikan atau kaviar tapi tak tahulah yang ini pula.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top