Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Cara Wanita dikhatankan..

Cara Wanita Di Khatankan | Cara Wanita Bersunat | Cara Wanita Disunatkan


Salam Semua..

Emm sempena musim cuti sekolah ni mesti ramai lelaki yang berkhatan. Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Kali ni nak cerita pasal wanita yang berkhatan plak. Mungkin ada yang tidak ambil tahu sejauh manakah wanita berkhatan dan bagaimana wanita tu dikhatankan. So, kali ni aku nak share la serba sedikit maklumat yang aku baca dan mungkin ada orang yang tak terbaca ttg ni.

Tujuan bersunat adalah untuk menjaga kebersihan dan juga kesihatan batin. Menurut petua orang lama, berkhatan ni dapat memelihara diri daripada mendapat penyakit.

Menurut Nikmah Suhaidi,49 tahun seorang pengamal perbidanan tradisional menyatakan bahawa berkhatan merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti.

Selain bayi, Nikmah juga turut menyunatkan wanita dewasa, bukan sahaja wanita yang baru memeluk islam bahkan ada wanita Melayu yang tidak pernah disunatkan.

Berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap lelaki dan menurut pengalaman Nikmah, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka.

Bagi bayi perempuan, lazimnya akan disunatkan ketika masih kecil selepas beberapa hari selepas dilahirkan.
Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.


Cara Wanita dikhatankan.

“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan."




 
Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 cm) dan alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa. Kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.

Kain putih biasanya akan disediakan oleh pihak yang ingin dikhatankan dan bagi bayi perempuan kain yang diperlukan ialah satu meter dan bagi wanita dewasa pula ialah dua meter.

Kain putih digunakan untuk mengalas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan. Bagi wanita dewasa pula, kain putih turut digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam.

Naa... sekarang da tahu kan bagaimana proses perempuan/wanita dikhatankan... Mungkin tak ramai ambil berat tentang ni dan mungkin ada juga yang tak tahu pun pasal ni sehingga ada yang memandang remeh perkara sebegini.

SUMBER: KOSMO

P/S: SEMOGA IANYA DAPAT MENAMBAHKAN ILMU BAGI SESETENGAH PIHAK YANG TIDAK PERNAH MENGETAHUI CARA BAYI PEREMPUAN/WANITA DIKHATANKAN.
11 Comment for "Cara Wanita dikhatankan.."

speechless.. but anyway gud info , keep it up ;)

Redz: why speechless...
Kak yana: haah mcm ni rupenyer.. Xpenah amik thu pun bfore ths

salam...
sbelum ni pernh dngar..tpi x pernh ketahui dngan lbih lanjut..
tq for ur info..

nasib baik kne mase kecik..kalau besar??
=.='

fromjarn: welcome.. :) smga bertambah ilmu pengetahuan.. jrg pun kite terfikir benda mcm ni.
yaya:kalau kena time besar... erk... tp ada je kena time besar.. tp mualaf la.. :)

saya dah barkahwin, nape biji kelentit isteri sya x nampak? mcm2 sya buat tp x jga npk. adakah ini sb dia x berkhatan. ataupn sb lain? tlg bgtau kejap.

terlebih potong kot...maaf kalau silap.

terbaek :D memang tau gurl pun kena khatan.. tapi x pernah tau lak cara dan alatan yang d'gunakan :S

Copy & paste
this for my oficemate knowledge

Thanks 4 sharing

Miza tau yang perempuan kena sunat tapi tak tahu pulak bahagian mana kena potong. hehehe. Sekarang dah tahu dan kena ambil tahu nanti dah ada anak sendiri baru terkial-kial. hikhik :D

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top