Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Kerana Cinta itu BUTA

Salam Semua....

Okay.. Kali ni entri aku pasal cinta... Tahukah anda bahawa "KERANA CINTA WANITA MENDERITA DALAM DIAM??" Sukar untuk didefinisikan apa itu cinta kerana setiap orang mempunyai definisi dan pandangan yang berbeza tentang cinta.

Mengikut perspektif Islam, cinta adalah unsur suci yang berasaskan fitrah. Cinta, baik kepada Pencipta insan tersayang, keluarga atau sesama manusia perlu dibaja supaya terus subur dengan kasih sayang.

Jom kita tgk senario di bawah berkenaan dengan cinta.

Senario 1
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil, selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun empat bulan, Februari lalu. Mohd Fazli Azri didakwa membunuh Syafiah Humaira, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30 Ulu Yam Lama di Batang Kali pada jam 6.30 petang 25 Februari lalu. Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, di dakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak  perut mangsa, bagaimanapun, ibu kanak-kanak malang itu tetap menaruh perasaan sayang terhadap teman lelakinya itu, malah mendakwa teman lelakinya itu sangat sayangkan anaknya.





Senario 2
"Walaupun dia ditahan atas kesalahan menagih dadah, saya tetap menyayangi dan menghormatinya sebagai suami" itu luahan Wook Kundor, 108 tahun, dipercayai wanita tertua di Malaysia terhadap suaminya, Mohd Che Musa, 38 yang kembali ke pangkuannya selepas di bebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Besut. Baginya, kasih sayang terhadap suami tidak penah pudar,sebaliknya semakin menebal sebaik melihat wajah yang jarang ditemuinya, sejak lebih setahun. Wook mengakui pernah melawat Mohd Noor lima kali sejak suaminya ditahan di PUSPEN. Biarpun mahu kerap berjumpa, jarak yang terlalu jauh dan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan menjadikan dirinya pasrah menunggu sehingga hari pembebasan suaminya. "Kini, suaminya kembali ke pangkuan saya dan saya berharap rumah tangga akan bahagia hingga ke akhir hayat". Isteri mana yang tidak gembira apabila dapat bertemu dengan suami tercinta. Walaupun kita ditinggalkan selama setahun, kasih sayang kita tidak pernah sama sekali luntur," katanya.


Senario 3

Penerima pemindahan wajah pertama di Amerika Syarikat, Connie Culp, menderita rosak wajah akibat ditembak tepat dimuka oleh suaminya pada 2004. Selama bertahun-tahun, Connie menjalani hidup dengan wajah cacat. Connie setiap hari selama bertahun-tahun menghadapi reaksi masyarakat, terutama kanak-kanak yang takut dek wajahnya, termasuk anak-anaknya sendiri. Dia menjalani pembedahan pemindahan wajah yang berlangsung selama 22 jam, tahun lalu. Bagaimanapun, Culp mengejutkan penonton apabila mengeluarkan kenyataan masih menyintai suaminya dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen. Alasannya, suaminya itulah cinta pertamanya. Malah beliau sanggup menunggu suaminya, Thomas G Tom Culp keluar dari penjara. Anaknya sendiri mengkritik 'kemaafan' diluahkan ibunya yang disifatkan tidak masuk akal.


 Wajah Connie sebelum dan selepas pembedahan


Kerana cinta ramai yang menjadi BUTA. Cinta seharusnya indah, namun ada wanita yang tegar mempertahankan cinta walaupun mereka hakikatnya menderita.Tiga senario yang dipaparkan adalah antara kisah cinta wanita yang mendalam terhadap pasangan sekali pun ramai melihat pasangan mereka tidak layak mendapatkan cinta mereka.

________________________________________________________________________________ 
CELIK CINTA


Statistik Jabatan Pembangunan Wanita mencatatkan kes keganasan wanita yang mendapat perkhidmatan kaunseling pada 2008 ialah 957 kes. Jumlah itu meningkat kepada 1633 pada 2009 dan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini 1008 kes sudah dilaporkan.

Wanita harus diberi pendidikan dan kesedaran sewajarnya berhubung cinta dihati mereka dan perlu sedar mereka mempunyai hak mempertahankan diri dari segi undang-undang jika didera atau dikasari pasangan.
Penderaan bukan dalam bentuk fizikal semata-mata, sebaliknya ada dalam bentuk emosi dan psikologi, lazimnya dilakukan lelaki yang menganggap wanita tidak setaraf dan lemah hingga boleh diperlakukan sesuka hati.Penderaan emosi, boleh menyebabkan wanita berada dalam keadaan trauma dan sentiasa murung dan boleh menyebabkan gangguan mental.

________________________________________________________________________________



Renung-renungkanlah. Mungkin tak berlaku pada anda tapi berlaku kepada kenalan anda atau saudara mara anda. Berfikir secara rasional dan jangan menjadi hamba cinta.

P/S: KEHIDUPAN YANG SEMAKIN COMPLICATED. MANUSIA SEHARUSNYA BIJAK BERFIKIR BIJAK BERTINDAK DAN TAHU BAGAIMANA UTK MENDAPATKAN PERTOLONGAN SEKIRANYA TIDAK MAMPU UTK SELESAIKAN. :)

















0 Comment for "Kerana Cinta itu BUTA"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top