Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

REVIEW BASIC INSTINT 1

Salam Semua...
Haa.. korang nampak cover citer basic instint kat bawah tue.. Cover pun perghh... Citer lagi la... Haha.. Before korang judge aku jom tgk baca sinopsis basic instint ni.






Sinopsis.

Basic Instinct merupakan thriller erotik Amerika pada tahun 1992 yang telah diarahkan oleh Paul Verhoeven dan ditulis oleh Joe Eszterhas, dan dibintangi Sharon Stone dan Michael Douglas.


Filem ini berkisar tentang Detektif  Nick Curran (Douglas), yang sedang menyiasat kes pembunuhan kejam seorang bekas bintang rock kaya. Penulis yang manipulatif dan mempunyai daya tarikan, Catherine Tramell (Stone) terlibat dalam penyiasatan yang dijalankan oleh Detektif Curran. Filem ini banyak berkisar berkenaan bagaimana seseorang itu menggunakan instint dalam membuat prediction.

Basic Instint banyak menimbulkan kontroversi kerana isu seksualiti yang ditayangkan secara terbuka di dalam filem ini. Filem ini juga banyak mendapat kritikan berkenaan penggambaran seorang wanita biseksual sebagai pembunuh psikopath

Pengalaman aku.

Tgk movie ni mmg syok.. Aku mmg suka citer thriller ni. Masa mula-mula beli ni aku tak tahu pun yang filem ni ada aksi ganas yang tidak sesuai ditonton oleh mereka di bawah umur. Aku beli ni pun sebab ada related ngan psikologi dan filem yang berkaitan dengan pembunuhan mmg aku suka. So mmg tak rugi pun if tgk citer ni. Jangan salah sangka. Sebenarnya ianya banyak memberi pengajaran dalam cerita ni.

"Trust your basic instint"


P/S: SESAPA NAK TGK FILEM NI PERLU ADA KEKUATAN SBB CARA PEMBUNUHAN MMG KEJAM DAN BANYAK AKSI-AKSI YANG MUNGKIN SESETENGAH WANITA TAK SANGGUP NAK TGK. 
0 Comment for "REVIEW BASIC INSTINT 1"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top