Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Asal Usul Jerantut


Salam Semua...

Tetiba malam ni teringat waktu aku kecik-kecik dulu duduk kat kawasan pedalam Jerantut iaitu Ulu Tembeling. Aku ingat time aku darjah enam masa tu aku suka pinjam buku untuk baca. So apa yang paling aku ingat bagaimana daerah Jerantut mendapat nama.



Berdasarkan buku yang aku baca dikatakan bahawa asal usul perkataan "Jerantut" itu adalah daripada seorang orang asli yang bernama "Tut" yang suka mengail di Jeram Panjang. So pada suatu hari tu Tut lemas di jeram tersebut dan akhirnya orang memanggil tempat tersebut sebagai Jeram Tut bersempena tempat Tut tu mati. Tapi disebabkan kesukaran untuk menyebut Jeram Tut itu maka akhirnya jadilah Jerantut.

Kalau korang nak tahu terdapat banyak jeram kalau nak mudik daripada Kuala Tembeling ke Ulu Tembeling. Bagi aku ianya best tapi bagi family aku tu bahaya la kan. Ada jeram dedari, jeram panjang, jeram apa lagi aku pun tak ingat. Tapi yang paling aku takut jeram kat nusa camp. Memang sangat besar. Tapi mat saleh suka main jeram kat situ ngan pelampung berehat bawah cahaya matahari.

Kalau korang tgk gambar kat atas tu ni la bot yang digunakan untuk mudik atau ke hilir. So dengan bot ni jugak la kita akan menempuh jeram-jeram yang besar yang kecik yang berbahaya. So tu kepakaran orang yang bawak bot tu la. Bukan senang nak bawak bot. Time musim hujan macam bulan 12 skang ni sesapa yang mudik tu, penumpang akan mendarat dan jalan melalui jalan hutan and hanya pemandu bot yang akan melalui jeram tersebut then kemudian penumpang tu akan naik balik selepas abis jeram tu. Susah nak explain tapi aku ada la experience sekali mendarat time air pasang.

P/S: INGIN MUDIK KE SANA LAGI UNTUK MENYERTAI XPDC KE JERAM PERAHU. TMPT TU CANTIK TP AKU TAK PERNAH SAMPAI SEBABNYA AKU DA TRANSFER IKUT FAMILY AKU. WISH TO GO THERE ONE DAY.
0 Comment for "Asal Usul Jerantut"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top