Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Isteri apa Kau Nih??

Salam Semua...

Uih... rushing nak pergi exam pagi ni tapi sempat lagi blogging jap... Emm ari ni pasal seorang suami yang sanggup meragut nak pujuk isteri. Alahai dunia.. Apa nak jadi la... Sedih aku bile dengar kes-kes macam ni. Si isteri perlu la sedar suami tu macam mana. Tak kan la nak kena mandikan dengan duit baru tak merajuk. Apapun baca la berita kat bawah ni and tak tahu la sejauh manakah kebenarannya sebab kadang kala orang yang melakukan kesalahan ni meletakkan kesalahan kat orang lain untuk melepaskan diri dan jadikan nya alasan..

__________________________________________________________________

KUALA LIPIS: Akibat terdesak mendapatkan wang bagi memujuk isteri yang lari dari rumah kerana merajuk, seorang lelaki nekad melarikan dua rantai leher bernilai RM15,000 milik ahli perniagaan wanita di kedai emas di Jalan Besar Lipis, dekat sini, petang kelmarin.


Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki berusia 35 tahun yang berasal dari Felda Damak, dekat Jerantut, diberkas dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis yang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit yang bekerja sebagai agensi mencari pekerjaan menunggang motosikal sebelum berhenti di depan kedai emas berkenaan dan masuk dalam premis itu sambil berlagak seperti pelanggan yang mahu membeli emas.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, ketika berada dalam premis itu, lelaki terbabit menghampiri mangsa berusia 60 tahun dan meminta mengeluarkan dua rantai leher yang dipamerkan dalam rak kaca.


Menurutnya, ketika memegang dua rantai leher bernilai RM15,000, lelaki terbabit terus melarikan diri ke arah motosikalnya yang ditinggalkan dalam keadaan enjin dihidupkan sebelum mangsa menjerit meminta pertolongan.


Katanya, pada masa sama, dua anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah terserempak dengan lelaki terbabit berlari ke arah motosikal yang diletakkan tidak jauh daripada premis berkenaan.
Abdul Razak berkata, dua anggota polis terbabit bergegas ke arah lelaki itu sebelum berlaku pergelutan ketika memberkasnya.


“Berikutan penahanan lelaki terbabit, dua anggota polis itu menemui dua rantai leher yang masih digenggam sebelum dia dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut.
“Ketika soal siasat dijalankan, lelaki terbabit mendakwa terpaksa melakukan kegiatan terbabit kerana terdesak mendapatkan wang bagi memujuk isteri yang membawa lari tiga anak kerana dikatakan merajuk,” katanya di sini, semalam.

Katanya, polis merampas motosikal yang digunakan lelaki terbabit, selain menemui sarung tangan serta tukul besi berada dalam raga motosikal berkenaan.
Abdul Razak berkata, lelaki terbabit belum pernah mencatat rekod jenayah sebelum ini ditahan di IPD Lipis untuk siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit.
_________________________________________________________________________________

SUMBER:HARIAN METRO

P/S: SI ISTERI PERLU SEDAR SEJAUH MANAKAH KEMAMPUAN KEWANGAN SUAMI. IF BEFORE KAWIN BOLEH JE TERIMA SUAMI WHY AFTER KAWIN TAK BOLEH KAN. IF RASA SUAMI TAK MAMPU BAGI APA2 THEN X PAYAH LA KAWIN.


1 Comment for "Isteri apa Kau Nih??"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top