Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

10 Perkara Anda Perlu Tahu Ttg Lelaki

Salam Semua...

Ari ni entri pasal perkara yang perlu wanita tahu tentang lelaki. Jangan mengharapkan si lelaki je perlu tahu wanita tetapi wanita juga perlu tahu tentang lelaki. Barulah mesra hubungan... Hehe.. Ok la kali ni perkongsian tips yang di petik daripada Eris Huemer iaitu seorang kaunselor keluarga. Wanita... Jom Baca...

1. Lelaki Mempunyai Keperluan seperti Anda.

Menurut Huemer dan Winas, wanita seringkali mempertimbangkan keperluan seks tetapi lelaki juga mempunyai keperluan emosi juga. Mereka mungkin tidak bersedia untuk mengakuinya tetapi "lelaki perlukan penghormatan, dihargai, dipuji, melakukan apa yang mereka minati, sokongan, galakan, kerjasama, pemahaman, cinta, masa untuk bersendiri dan sebagainya.

2. Lelaki Perlu Dihormati
Jika anda seorang wanita yang tidak menghormati lelaki, anda akan dapati bahawa lelaki akan bertahan seketika untuk anda. Lelaki akan mencari penghormatan di tempat lain yang tidak terdapat pada anda.

3. Lelaki Perlu Pujian
Lelaki kebanyakannya memerlukan pujian dan ini akan meningkatkan keyakinan dirinya. "Sekiranya anda memintanya untuk membasuh pinggan dan si dia tidak dapat melakukannya dengan sempurna dan anda perlulah menghargai apa yang dilakukan olehnya walaupun ianya tidak seperti yang anda harapkan". Membebel mengenai akan membuatkan si dia bosan dengan anda.

4. Lelaki Perlu Anda Minat apa yang mereka lakukan
Lelaki mahukan wanita yang sentiasa ambil peduli mengenai apa yang dia minati (kerjaya,hobi dan sbgnya). Anda tidak pelu hidup dengan minatnya tetapi anda perlu memahaminya hanya dengan memberi komen atau maklum balas terhadap minatnya. Misalnya, tanya si dia bagaimana harinya di pejabat apabila si dia tiba dirumah, tunjukkan akan minat anda untuk mengetahui pencapaiannya di tempat kerja. Jika si dia menghadapi hari yang sangat memberi tekanan kepadanya, dengar apa yang diluahkan olehnya. Tidak perlu memberi nasihat. Apa yang penting dan diperlukan oleh si dia adalah "Telinga Anda Mendengar" luahannya.

5. Lelaki Perlukan Sokongan dan Galakan.
Jika anda menyokong si dia, si dia akan menyokong anda. Apabila si dia meminta pertolongan daripada anda, buatlah apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong si dia. Jika anda memberi galakan terhadap matlamat dan impiannya, si dia akan berusaha untuk mencapai matlamatnya tersebut.

6. Lelaki Perlukan Kerjasama
Lelaki tidak suka di arah untuk melakukan itu atau ini. "Perkara yang terbaik anda lakukan adalah cuba buatkan si dia berfikir hingga si dia dapat idea". Lelaki sukakan perhubungan yang mana anda berdua bekerjasama sebagai satu pasukan bukan perhubungan yang mana si dia harus mengikut telunjuk anda.

7. Lelaki Perlu Difahami
Lelaki memerlukan wanita yang boleh memahami dirinya. Apabila si dia mengambil masa untuk berbicara dengan anda, jangan abaikannya. Dengar!!! Komunikasi yang baik antara pasangan adalah kunci perhubungan yang lebih kuat dan lebih mendalam.

8. Lelaki Perlukan Cinta ( termasuk Seks)
Kita semua tahu bahawa seks adalah penting untuk lelaki tetapi "Cinta bukan hanya untuk Seks". Apabila anda peka akan keperluan si dia, si dia akan peka terhadap keperluan anda juga.

9. Lelaki Perlukan Masa untuk Bersendirian
Lelaki perlukan peluang untuk meneroka hobinya, lepak dengan rakan-rakannya. Oleh itu benarkan dan galakkan si diai untuk melakukan apa yang si dia minat. Jika anda melakukan ini, masa yang anda luangkan bersama si dia akan lebih baik.

10. Lelaki Perlukan Perhatian
Lelaki juga perlukan perhatian seperti wanita.Oleh itu sentiasalah peka akan apa yang diperlukan oleh lelaki.
SUMBER: HEUMER DAN WINAS

P/S: LELAKI PERLU FAHAM WANITA JUGA BARULAH WANITA BOLEH MEMAHAMI LELAKI. (perkara buruk wanita: suka shopping)
1 Comment for "10 Perkara Anda Perlu Tahu Ttg Lelaki"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top