Salam Semua...
Hari ni nyer entri berkisar kepada kisah orang-orang obes di dunia.. Seksa and kesian tgk orang obes ni. Kadang tu bila baca kisah-kisah mereka ni buat aku berjaga-jaga. Ye la ada banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang tu boleh jadi obes. Oleh tu sesapa yang ada risiko tinggi untuk obes ni perlulah mengambil langkah berjaga-jaga. Nak tahu siapa orang orang dibawah ni... Jom Baca...
1.Carol Yager (peak weight 727 kg/ 1,600 lbs)
Berat tertinggi yang dicapai oleh Carol adalah 727kg. Carol pernah berjaya mengurangkan berat badan sebanyk 521 lbs dalam masa tiga bulan. Kulitnya menjadi rosak akibat daripada jangkitan bakteria yang menyebabkan dia dimasukkan ke Hurley Medical Center. Dia menghabiskan masanya di HMC hingga akhir hayatnya. Carol tidak mampu untuk berdiri dan berjalan disebabkan ototnya yang tidak kuat. Dia meninggal dalam usia yang muda iaitu 34 tahun dan punca utama kematiannya adalah kegagalan buah pinggang dan juga organ lain serta obesiti yang melampau.
2.Jon Brower Minnoch (peak weight 635 kg / 1400 lbs)
Seperti Carol Yeger, Job Brower juga mengalami kegemukan sejak zaman kanak-kanak lagi. Dalam usia seawal 12 tahun berat badanya mencecah 132 kg. Dia telah berkahwin dengan seorang wanita yang berat badanya normal dan mempunyai dua orang anak lelaki. Dia telah dimasukkan ke hospital selama 16 bulan dan telah kehilangan berat badan sebanyak 419kg tetapi selepas keluar daripada hospital berat badannya meningkat dua kali ganda. Dia tidak dapat menurunkan berat badannya lagi selepas itu dan telah meninggal dunia pada 10 September 1983 pada usia 42 tahun.
3.Manuel Uribe (597 kg / 1,316 lbs)
Seperti orang obes yang lain, Manuel Uribe menghadapi kesukaran dalam kehidupan sehariannya. Dia menghabiskan masanya selama 9tahun di katil bermula pada tahun 2001 sehingga tahun 2009. Walaupun dia telah berkahwin dengan Claudia pada 26 Oktober 2008 dia menyatakan dengan jelas bahawa "Saya membuktikan bahawa anda boleh mencari cinta dalam apa jua keadaan, Saya ada isteri dan ada keluarga baru dan hidup dengan bahagia".
4.Walter Hudson (544 kg / 1,200 lb)
Walter Hudson telah dilahirkan di Brooklyn, New York. Walter telah terperangkap dalam biliknya dan menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa memecah dinding biliknya untuk mengeluarkannya. Dia seorang penggemar kucing dan juga menyatakan "Saya suka makan dan saya gembira". Walaupun dia mengumumkan tentang perancangan perkahwinannya tetapi ianya hanya tinggal kenangan. Dia meninggal beberapa minggu kemudian.
5.Rosalie Bradford (544 kg / 1,200 lbs)
Rosalie merupakan seorang penggemar makanan sejak zaman kanak-kanak lagi. Berat badanya meningkat pada usia remaja. Ketika berusia 14 tahun berat badannya mencecah 92kg dan 140kg pada usia 15 tahun. Rosalie berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Selepas berkahwin, die menghabiskan masanya di rumah dan berat badannya meningkat. Keadaannya menyebabkan die mengalami depresi dan cuba untuk membunuh diri menggunakan pil. Berat badannya menurun kepada 136 kg. Dia meninggal pada 29 November 2006 pada usia 63 tahun.SUMBER: FUNKY DOWNTOWN.
P/S: JAGALAH KESIHATAN ANDA.
Tag :
kesihatan,
manusia berat didunia
0 Comment for "5 Orang Paling Berat Dalam Sejarah"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)