Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Bakar Lemak Degil dengan Zumba

Salam semua bloggers...

Seminggu tak update blog then mood malas tu mula la menempek je.. walhal bukak internet ngadap youtube je sabtu and ahad.. Anyway ari ni nak share ngan korang pasal zumba sikit.. Actually i found this 2 thn lepas.. Memang tak dinafikan aku suka benda2 macam ni tapi tak pernah pun participate kt public. Takat wat sorang-sorang dlm bilik je.

Apa benda tu ZUMBA??

Meh aku nak terangkan kat korang.. Aku pun petik dari wikipedia je.. Ok la actually zumba ni di inspirasikan daripada program fitness dance latin yang dicipta oleh penari dan choreographer Alberto "Beto" Perez di Colombia semasa tahun 1990-an. Zumbe melibatkan elemen tarian dan aerobic. Ianya tidak seperti kelas tarian yang biasa menggunakan kiraan, tetapi zumba melibatkan tarian yang mengikut rentak muzik dan pergerakan secara berulang-ulang.


Biasa kita dengar aerobik,senam seni, poco-poco kan.. Emm apa kata ari ni korang try zumba.. Sangat senang kalau selalu praktis kot.. Leh la bakar lemak-lemak yang tersembunyi tu.. Jantung pun elok kan.. Emm tapi actually depend la pada rentak muzik yang korang nak kan.. Ok aku akan share ngn korang video zumba yg paling senang.. Lagu Hey Ya.. korang tahu tak.. Ala yang kumpulan Outkast tu..

Apa lagi tgk la and try... Free time tak dapat keluar jogging or pergi gym zumba je kat bilik.. Senang kan...

Selamat Ber-ZUMBA..
0 Comment for "Bakar Lemak Degil dengan Zumba"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top