9 Julai 2011 mungkin akan mencatatkan memori hitam bagi penduduk Malaysia dengan perhimpunan haram yang menimbulkan pelbagai kontroversi serta memberi impak kepada penduduk di ibu negara. Gara-gara perhimpunan haram yang diadakan, 58 jalan utama di ibu negara telah ditutup. Bukan itu sahaja, malahan para peniaga juga terpaksa menutup kedai dan mereka terpaksa berhadapan dengan kerugian.
Namun begitu, berlainan pula dengan di Sudan Selatan di mana 9 Julai 2011 adalah memori yang sangat indah bagi masyarakat Sudan Selatan kerana mereka telah memperoleh kemerdekaan. Nak tahu lagi, jom baca di bawah ni.
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberikan pengiktirafan kepada Sudan Selatan yang kaya dengan minyak sebagai sebuah negara yang merdeka semalam.
“Saya dengan bangga mengisytiharkan bahawa AS secara rasminya mengiktiraf Republik Sudan Selatan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat bermula pada hari ini, 9 Julai 2011.
“Hari ini merupakan satu peringatan bahawa selepas kegelapan akibat perang, kemunculan satu cahaya mentari subuh boleh berlaku,” katanya.
Kenyataan itu dibuat ketika penduduk bersorak dan berarak di jalanan bagi meraikan kemerdekaan di negara itu daripada Sudan Utara.Negara itu memperoleh kemerdekaan menerusi satu pungutan suara yang diadakan pada Januari lalu yang diadakan setelah satu perjanjian damai diadakan bagi menamatkan perang saudara dengan Sudan Utara yang melibatkan kematian berjuta-juta penduduk.
Obama berjanji akan menjalin kerjasama dengan Sudan Selatan yang mempunyai kira-kira 8.2 juta penduduk dalam aspek pembangunan, pentadbiran yang baik dan keselamatan.
Bekas ketua pemberontak yang berusia 60 tahun dan berjuang dalam perang gerila menentang Sudan Utara pada 1983 hingga 2005, Salva Kiir mengangkat sumpah sebagai presiden pertama negara itu dalam satu majlis yang juga diadakan semalam di ibu kota negara itu, Juba.
Bagaimanapun, Obama tidak membuat sebarang pengumuman bagi mengubah sekatan yang dikenakan ke atas Sudan Utara yang dipimpin oleh Omar Hassan al-Bashir yang diharapkan akan ditarik balik ekoran kewujudan Sudan Selatan.AS melakukan sekatan perdagangan ke atas Sudan Utara sejak 1997 selain disenaraikan sebagai sebuah negara yang menyokong keganasan.
Beberapa isu serius masih berlaku di antara kedua-dua buah negara itu yang masih belum selesai iaitu cara untuk mengendalikan hasil minyak, pemilikan wilayah Abyei dan garisan sempadan. - Agensi
SUMBER: KOSMO ONLINE.

P/S: GARA-GARA BERSIH AKU TERPERUK DI BILIK TAK DAPAT KELUAR JUMPE LURVIEY. HADAP LA MEE SEGERA SATU HARI.. DI HARAP TIADA LAGI PERHIMPUNAN HARAM YANG MENYUSAHKAN BANYAK PIHAK DAN MUNGKIN AKAN MENYEBABKAN RUSUHAN KAUM BERLAKU.
0 Comment for "Peristiwa 9 Julai : BERSIH dan SUDAN SELATAN MERDEKA"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)