Salam Semua...
Attention kepada individu yang ingin membeli tayar kereta, please baca ni.. Jangan beli tayar toreh... Nak murah, nyawa tergadai.. Murahnya nyawa.. Sekian.. Baca la kat bawah ni...
TEMERLOH — Pemilik kenderaan diminta tidak menggunakan tayar toreh dan tayar musim sejuk kerana ia dilihat antara punca berlaku kemalangan jalan raya di negara ini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Datuk Zakaria Man berkata, tayar toreh atau terpakai kini popular di kalangan pemilik kenderaan kerana harganya lebih murah.
"Walaupun setakat ini belum ada kajian yang dibuat bagi membuktikan kedua-dua jenis tayar tersebut menjadi punca kemalangan tetapi penggunaannya perlu disekat segera kerana banyak kemalangan yang berlaku dilihat membabitkan penggunaan tayar berkenaan.
"Tayar tersebut semakin popular kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding tayar baru yang mahal berikutan harga getah yang meningkat sejak beberapa tahun lepas di pasaran dunia,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri JPJ Temerloh di sini.
Beliau berkata tayar toreh dilihat mudah meletup kerana lapisan tayar menjadi nipis apabila ditoreh untuk membuat bunga baru. — Bernama

P/S: Baru tahu pasal tayar toreh.. Aku ketinggalan ke?
0 Comment for "Tayar Toreh Punca Kemalangan"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)