Salam Semua..
Selamat malam.. Esok da sabtu.. Apa plan korang? Keluar jalan-jalan or stay kat rumah lepak mengemas. Opss.. Teringat kisah yang tak mahu diingat.. :p Well this weekend mcm byk benda je nk buat.. Sigh** Berbalik kepada tajuk entri kat atas CPR UNTUK ANJING. Aku sikit pun tak pernah terfikir manusia bleh buat CPR kat binatang. Ingatkan untuk manusia je. Bile baca kisah ni rasa terharu dengan keprihatinan dua individu yang menyelamatkan anjing yang sudah tak bernyawa (putus nyawa). Artikel lengkap dalam Santai info dunia dibawah.. Selamat membaca.
WAUSAU, Amerika Syarikat - Dua anggota bomba di sini memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke hidung seekor anjing yang berusia tujuh tahun pada Selasa lalu.Anggota bomba itu, Jared Thompson dan Jamie Giese memberikan bantuan pernafasan itu selepas haiwan tersedut asap dalam kebakaran yang berlaku di rumah tuannya.
Haiwan itu dikatakan tidak bernafas semasa ia dibawa keluar oleh kedua-dua ahli bomba tersebut.Anjing itu kemudian diberikan bantuan pernafasan melalui oksigen sebelum ia dihantar ke dua buah hospital haiwan untuk mendapatkan rawatan.Tindakan kedua-dua anggota bomba tersebut menyebabkan anjing itu masih hidup.Ketika kejadian, haiwan itu terperangkap di dalam rumah tuannya.
Tuannya tidak berada di rumah kerana mereka keluar ke bandar semasa kebakaran berlaku. - Agensi
Sumber: Kosmo Online
P/S: Kalau kucing korang mcm ni agak2 korang CPR x?
0 Comment for "CPR untuk Anjing"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)