Salam Semua..
Pasal klon ni dri dlu sampai skang tak abis-abis kan.. Ada-ada je... Baca la kat bawah ni..
SEOUL – Saintis sel stem Korea Selatan, Hwang Woo-suk memperkenalkan lapan klon anjing liar atau koyote semalam dalam satu projek tajaan pihak pentadbiran wilayah Gyeonggi.Woo-suk menghantar klon-klon itu ke sebuah pusat perlindungan haiwan liar di bandar Pyeongtaek, 50 kilometer ke selatan ibu kota Korea Selatan di sini dalam satu majlis yang dihadiri oleh Gabenor Wilayah Gyeonggi, Kim Moon-soo.
Saintis itu pernah dianggap sebagai wira negara sebelum beberapa penyelidikannya bagi menghasilkan sel stem manusia daripada klon embrio didapati palsu.Namun, kajiannya dalam menghasilkan klon anjing pertama di dunia, Snuppy, pada 2005 disahkan oleh beberapa pakar dan pihak berkuasa.
Satu kenyataan pejabat gabenor berkenaan menyatakan, Hwang mengambil sel-sel kulit koyote yang dimasukkan ke dalam telur seekor anjing untuk mencipta klon haiwan liar tersebut. Klon koyote pertama dilahirkan pada 17 Jun lalu.Sebelum ini pakar-pakar Korea Selatan telah mengklonkan haiwan lembu, kucing, anjing, babi dan serigala.Seekor serigala yang diklonkan itu mati pada 2009. – AFP
Sumber: Kosmo Online
P/S: Kat Malaysia ada Profesor Klon.
0 Comment for "Klon Anjing Liar"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)