Salam Semua...
Aku tak mau ckp lebik2 pasal rokok sbb aku anti perokok and wa memang hangin dengan asap rokok.. So baca la info kat bawah ni. Rokok la banyak2 lepas tu bleh jdi pekak.
NEW YORK – Remaja perokok dan ibu yang merokok semasa mengandung antara golongan berisiko besar mengalami masalah pendengaran serta memahami apa diperkatakan, menurut kajian di Amerika Syarikat (AS).
Aku tak mau ckp lebik2 pasal rokok sbb aku anti perokok and wa memang hangin dengan asap rokok.. So baca la info kat bawah ni. Rokok la banyak2 lepas tu bleh jdi pekak.
Bajet Macho sgt la merokok? |
Penyelidikan pasukan pakar perubatan Universiti Yale terhadap 67 remaja mendapati mereka yang merokok menghadapi masalah menumpukan perhatian dan mentafsirkan bunyi apabila terdapat sebarang gangguan.
Selain itu, hasil imbasan otak, pengkaji mendapati terdapat perubahan kepada bahagian putih otak yang bertanggungjawab dalam menghantar maklumat. Kajian itu diterbitkan dalam majalah terbaru, New Scientist.
Remaja yang merokok didapati menjadi golongan yang banyak menghadapi masalah di bahagian putih otak berdasarkan imbasan otak. Kajian selanjutnya berdasarkan ujian komputer yang meminta mengenal pasti perkataan selain gangguan imej visual atau bunyi bising sampingan.
Sebahagian besar lelaki perokok yang diuji kaji akan mendapat 77 peratus betul manakala mereka tidak merokok memperoleh 85 peratus betul. Bagi wanita pula nisbahnya 84 peratus kepada 90 peratus.
Menurut ketua penyelidik, Leslie Jacobsen, individu terbabit menghadapi masalah pendengaran apabila terdapat gangguan contohnya situasi ramai bercakap dan banyak perkara yang perlu dilakukan. - Agensi
Sumber: Kosmo Online
P/S: Aku tak puas hati dgn perokok WANITA MELAYU.. Nk merokok tak kena tempat.. Pakai baju kurung merokok. Buat malu bangsa je.
0 Comment for "Perokok Mudah Cepat Pekak"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)