Salam Semua...
Hari Sabtu yang kurang menyeronokkan cuz without Lurviey.. Handfon Lurviey pun ngan aku, so how to contact him? Via FB.. Emm tak kan la 24/7 nak mengadap FB kan. Sigh**
Nasi Lemak 2.0 |
Korang da tgk movie Nasi Lemak 2.0? Ok..ok.. Actually masa tgk trailer ari tu wonder jugak citer apa la kan.. Tapi diam je la time tu.. Malas nk melayan sgt.. Then semalam time nk buat research company kat Yahoo ternampak News yang mana Filem Nasi Lemak 2.0 mendapat kutipan RM7 juta. Wow... Bukan sikit ok. Bajet yang dikeluarkan untuk buat filem tu menurut Namawee sangat sikit compare dengan jumlah keuntungan yang diperolehi. Kong Hei.. Kong Hei...
Namawee?? Ala pemuda berbangsa Cina yang mencetuskan kontroversi dengan menghina lagu kebangsaan kita dulu. Ingat tak? Kebetulan balik dari keje terbaca satu blog yang buat review pasal Nasi Lemak ni and ada komen2 yang negatif la. So before judge tentang filem tu kena la tgk dulu sejauh manakah kebenaran apa yang telah dikatakan tu kan.. Besides aku follow kak Adibah Noor punye twitter and aku tgk ada orang yg kureng berpuas hati dengan filem ni tapi terbaeklah kak Adibah punye penjelasan kan..
Setelah menonton sendiri Filem Nasi Lemak 2.0 tu, wow not bad citer ni. Boleh pergi jauh walaupun ada la plot-plot yang longgar kan.Racist? Memang aku ada tgk komen ttg racist tu tapi cuba tgk dari sudut positif tentang filem tu and apa yang ingin disampaikan. Actually kalau betul2 kite tgk dalam realiti hidup memang tu pun yang happen kan.. Tak yah cakap pasal Melayu Cina tapi tengok sendiri Melayu ngan Melayu kadang tu pun nak dengki. Betul tak apa aku ckp? Kalau tak betul sila tegur.
Kebebasan berkarya adalah hak milik individu as long as tidak menimbulkan sentimen kepada mana2 pihak. Kalau ada sentimen ni mesti filem ni tidak akan di tayangkan. Tapi kenapa lepas kan.. Maknanye filem ni cuci la. Masing-masing ada pendapat masing-masing. Aku da tgk and aku tahu filem ni ok and ada mesej dalam filem ni. But for those yg tak tgk tapi kepoh je ckp and mengomen macam seorang director hebat better go and watch first then u decide apa rate u nak bagi ok. Jangan sebab blogger tu femes lu nk ikut telunjuk die and mengiayakan apa jua. TAK DE PENDIRIAN LANGSUNG!!
Past is past.. Ramai je yang ada perangai buruk tapi kenapa nak judge the person pada perangainya lagi kan. Adoii tak paham aku.. Tak pe lah.. Lu punye hal la.. :)
P/S: Dgr citer ada "buah tangan" baru lgi dari Namawee.
0 Comment for "POV: Nasi Lemak 2.0"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)