Kampung Baru ada rang undang-undang??
Eh2 aku baru tahu...
Salam Semua...
Kg Baru port aku cari makan.. maksud aku makan-makan bukan keje kat situ ok.. Kg Baru known as syurga makanan,lubuk makanan.. Makanan sedap dan murah.. Craving for bubur nasi campur tom yam.. Sodap..Belek-belek paper ari ni ternampak artikel Rang Undang-Undang Kg Baru 2011 di bentang.. Erk.. Apa lagi aku terjah baca la.. Mesti ada antara pembaca yg tak tahu macam aku kn.. Confirm ada la..
KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru 2010 dan menggantikannya dengan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru 2011 denganbeberapa pindaan, termasuk mewujudkan lebih banyak wakil daripada kalangan penduduk kawasan itu.
Antara pindaan yang dibuat ialah mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi Perbadanan Kampong Baru daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah serta menambah keanggotaan Majlis Penasihat kepada perbadanan daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru dari dua orang kepada enam orang.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, jawatan Timbalan Pengerusi perbadanan itu akan bertindak membantu dan menyokong tugas pengerusi, selain menjadi wakil kepada penduduk Kampong Baru.
"Dulu tak ada (wakil daripada kalangan penduduk Kampong Baru), sekarang ada di kalangan pewaris dan tuan tanah Kampong Baru,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen sebelum rang undang undang-undang itu dibacakan buat kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. - Bernama
Sumber: Kosmo Online
P/S: Satu je aku tak puas hati ngn Kg Baru, parking space.. Adoi tmpt xleh parking pun org parking.. Melantak punye pasal
0 Comment for "Rang Undang- Undang Kg Baru 2011"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)