Salam Semua
Hidup zaman skang ni hati mau keras tapi bukan KERAS hati ok... Kenapa?? Macam-macam benda yang happen dlm kehidupan seharian and those yang tak tahu nak cope dengan situasi yang worse dalam hidup dorang so hati mau kena keras.. Just now blogwalking and singgah baca entri kat blog elia aka jejariruncing aka ex tunang apex atau Khairul Fahmi.. Saje baca citer kat situ.. Tetiba baca plak entri kisah apex ngan awek baru plak.. Emmm.. tak tahu la nk ckp apa kan.. Kehidupan peribadi orang and masing-masing punye hak tersendiri. Masing-masing punye akal fikiran untuk berfikir.. Cume aku notice some of public figure ni bile da berjaya and meningkat naik mule la buat hal. Tapi apapun masing-masing menyumbang dlm bidang masing-masing. From apa yang aku baca and lihat aku conclude yang kalau kite tak tahu nk cope dengan situasi yang kadang kala boleh membuatkan kite buntu dan tidak boleh berfikir dan kadang-kala mungkin menyumbang kepada destructive behaviour yang merugikan diri sendiri. Oleh itu HATI KENA KERAS nak hadapi situasi yang kadang kala tak masuk akal tapi ianya mungkin takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya dan kita sebagai hamba Allah harus la ingat bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Kesihatan mental masyarakat Malaysia juga semakin merosot. Kenapa? Sebab dorang tak thu how to cope with the situation.. So peringatan untuk diri sendiri dan pembaca, carilah cara korang tersendiri utk cope dgn kehidupan yang semakin menekankan as long as ianya tidak memudaratkan diri sendiri..
P/S: Rindu aktiviti tai chi bersama coursemate.. :) Now tai chi sorang-sorang dlm bilik :P
Tag :
personal
0 Comment for "Hati Kena KERAS"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)