Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Nasi Minyak Kat Kedai


Salam Semua..


Mr Google


Seperti yang aku duk bising-bising dlm entri sebelum ni cuti sekolah ni penuh dengan jemputan orang kahwin kan. Luckily aku memang tak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Yess.. Kalau boleh aku memang nk elak from attending majlis kahwin ni. 

Btw sebut pasal kawin je selalu orang kaitkan dengan nasi minyak. Sebut nasi minyak je org ckp pasal kawin. Derr nasi minyak tu boleh pergi beli kat kedai. Tak payah lahap sgt sampai tnye "bile nak makan nasi minyak" . Those yg da abis belajar and yg mula bekerja tu mesti mak bapak, sedara mara da mula tanye bile nk mkn nasi minyak bagai kan dan soalan-soalan sebegini kadang kala boleh mendatangkan kemarahan bagi sesetengah individu. Huh... Kawin-kawin ni bukan boleh paksa. Nak kawin ingat senang ke? Apa daa.. One of my frens mmg selalu di asak dengan pertanyaan bile nk kawin and sampai satu tahap bengang update status kt FB. Baru stop tanye. Annoying gile bile org sekeliling semua nk suh kawin cpt. 

A: Wei ko bile nak mkn nasi minyak.. Teringin nk mkn nasi minyak ko
B: Nak nasi minyak pergi beli kat kedai la..
A: Kat kedai kena byr, aku nk mkn free yg ko punye..
B: Tak de.. tak de.. aku tak buat nasi minyak semua.. Aku tak mkn nasi minyak2 ni. Kolestrol tinggi nnti gemok.. 
A: Terasa aku... (terus blah).

Huh kena libas tang kolestrol tinggi and berat badan terus sentap blah. Tak kan nk kena ckp mcm ni selalu kan.. Lepas tu bermasam muka plak. Sigh** (padan muka kau sapa suh tanye)

Satu lagi hal, bile diam and mengelak ckp pasal kawin mula la ada yg sibuk nak kenen2kan. Huh.. kenen suka-suka hati je kan. Ni la keadaan masyarakat yg suka menyibuk amik tahu hal orang tapi hal sendiri tak amik tahu. Lain la those yg suka rela di kenen2kan. Erk...

Aku? Luckily aku tak seperti kawan aku.. Asakan pertanyaan tentang kahwin tak begitu menekankan aku. Jangan nak asak soalan pasal kawin. Melayang botol air kat muka nanti. Huh... Kalau ada yg tanye senang je jawab "sampai masa sampai la kad" atau "tahun depan aku kawin, jgn risau aku confirm jemput kau if pjg umur" .Senang citer. Tak yah nak tanye banyak2. 

So kalau lapaq nasi minyak, buffet apa leh la ke kedai, restoran, hotel. Kat situ macam-macam ada. Tak payah tunggu nk mkn free time orang kawin. Agak-agak nk mkn free tunggu orang jemput. Sekian


P/S: Wedding Planner 2012 in da house


Tag : emovere
0 Comment for "Nasi Minyak Kat Kedai"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top