Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Memoirs of 2011






Salam Semua...

Semua orang excited ngan tahun 2012. Ada yg ckp tahun yg penuh dengan cabaran nk capai target masing-masing. Nak kawin, nak tunang, nak beranak, nak dapat doploh A dlm SPM and mcm-mcm kan. Apapun selamat berazam.

Hari terakhir tahun 2011, just sit back and relax kat bilik, blogging and watching movie. Btw entri hari ni nak mengimbas peristiwa yang berlaku  sepanjang tahun ni mengikut bulan. Hehe.. Lagi mudah nk flashback

Januari.
3 Januari 2011, lapor diri kat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk praktikal. Awesome Uni and Uni yang paling tinggi di Malaysia. Aku suka environment kat situ wey cuma detik-detik stress tu ada la sebab nak chasing client for session and nk cukupkan credit hours. Bulan ni jugak macam-macam benda aku belajar cuz before this memang tak pernah keje pun. Special thanks to Student Affairs Department UniKL, MIIT yang ada kt level 1 and level 3 (mcm dorang baca kan)

Februari
Masih struggle nak chasing client and ckupkan credit hours. Target tak capai, double effort. Letih kot. Isnin till Jumaat sibuk duk fikir nk wat program apa and mcm mane nk cukupkan credit hours. Stresss.. Weekend plak duk mengedit thesis yg tak sudah-sudah..

March.
Masih sama tapi kali ni best sikit sebab program da banyak, pergi Port Dickson, then conduct Stress Management Program utk Methodist Girl School Klang. Terbaik la dorang. Hehe.. The best part buat tai chi ngan budak-budak sesi petang. Sporting kot dorang.

April
Bulan yg sememangnya dinanti. Tak sbr nk abis praktikal sbb letih nk cukupkan credit hours. Time ni ting tong sikit. Yang paling best pergi UniKL Career Exploration Program kat MDeC Cyberjaya khas utk budak Multimedia. Tertunai jugak hasrat aku nak naik bas UniKL. Sedih sbb tak dpt buat career program utk other program. Tunggu je la intern lain next year.. Mungkinkah dari UM??

May
Bulan yg memang stress sbb nk keje. Aku da setkan aku tak nak menganggur mcm certain peeps. Banyak keje yang aku apply and dpt pergi interview tapi dua interview je aku pergi sbb yang lain tak tahu jalan. Ngok sungguh. First interview, keje memang aku suka la kan buat program and creates module. Tapi sadly dorang offer aku basic salary RM1000 je. Grrr.. bukan demand tpi aku hidup mcm mne kt KL gaji banyak tu. Aku reject. May be orang lain nk kan.. Second interview ngan company skang. Tapi masa ni da bgitau gaji pun. Aku tunggu n mengharap la.. Sementara tunggu approve aku balik la kampung

June
Ok da diterima sudaa.. 6 Jun lapor diri kat co skang ni. Gaji ok lah better than co yg first tu. Huuh.. Time ni duk kolej. Ari-ari jalan kaki pergi keje 50 minit. Means sehari aku jalan almost 2 hours pergi and balik. Banyak kalori aku dibakar. Sihat badan. Bulan ni jugak sedih sebab Lurviey jauh ngan aku but ok still boleh jumpa.

Julai.
Stress lagi sbb financial tak stabil, nak fikir hutang UM yg nk kena bayar before convo. Pening den. Sabar je la kan.. On Off motivation and everyday I need motivation injection from my dear Lurviey. Learning counseling does'nt mean I'm good at motivation but sometimes we need someone to motivate us. Samji?? :P

Ogos
Perit sikit sebab tahun ni berpuasa jauh dri Lurviey but still dapat jmpe jugak. Alhamdulillah.. Masih tinggal di hostel but da stress sebab need to find rumah sewa. I hate rumah yg duk ramai-ramai till aku jumpa and dpt tinggal kat condo. But sharing room la. It's ok asalkan tak duk ramai-ramai.

September
Mula masuk rumah sewa after raya. It's beyond my expectation cuz aku jenis yg susah nk sesuaikan diri. I mean take time utk kenal orang. And still seek for non-sharing room tapi susah la nk cari area tmpt aku keje. Lurviey suruh sabar and stay dlu. But aku rasa mcm nk lari je. Memang stress time ni. Muka aku yg da ok da mula naik jerawat plak. Punye la aku 'fight' jerawat almost 6 month and da nk ok then naik balik. WTFake

Oktober
Excited sgt2 sebab aku konvo. Finally it's over.. Abis jugak Uni Life aku. Alhamdulillah grad mengikut masa. Lagi happy bile mama, papa and adik aku dtg. But sadly I dont have enough money nak ambik gmbr kt studio. Gaji lambat masuk. Sumpah stress.. Tak pe la. As long as mama and papa also adik aku dtg. Thanks also kat cousin aku yg sanggup drive sebab papa tak tahu jln KL. Time ni jugak masa aku kenalkan Lurviey ngan parent aku. Hehe.. And also happy sebab finally aku jumpa tmpt yg suit ngan aku. Move out and hidup ngan aman and tenteram. Terima Kasih Ya Allah.

November
Nothing yg special and still ngan rutin harian. Nasib ada blog untuk lepas segala tekanan, express apa yg aku rasa. 

Disember
Bulan yg sentiasa di nanti cuz my berday. Keje da makin better and aku makin faham dgn keje aku. Cume still banyak yg nk kena improve. Alhamdulillah atas segala nikmat yg dikurniakan oleh Allah. Semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan aku, melindungi aku dari segala malapetaka dan hasad dengki manusia, dan panjangkan umur aku and permurahkan rezeki kepada hambaMu ini. :) Bulan ni jugak aku happy dengan kehadiran Momo tapi hanya seketika. Momo da pun mati. Tapi kpuasan menjaga Momo sampai tak tido tu masih aku dpt rasakan saat aku menaip entri ni. Selamat tinggal 2011


Pengajaran Tahun 2011
  • Buat keputusan dgn betul agar tak menyesal dikemudian hari. (salah decide nk duk rumah sewa)
  • Stress dlm hidup perlu untuk motivasi and up kan diri
  • Sentiasa check switch on/off RATIONALIZATION sbb aku sentiasa perlukan ini. Hehe.
  • Persetankan apa org nk kata as long as aku tahu diri aku mcm mne. Org nk fitnah biar pi depa. Mulut org bukan boleh nk tutup. Tak kan la aku nk kena jahit mulut org tu mcm dlm citer SAW plak kn. Gile betol aku nk buat mcm tu. So lantak die la. 


P/S: Kerna Tak Tercapai Akalmu :)



Tag : emovere, personal
0 Comment for "Memoirs of 2011"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top