Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Flashback: Kisah Bedak Batu Cap Amoi


Salam Semua..

Entri kali ni nak mengimbau zaman dahulu kala, zaman baru nk membesar.. Phewitt... 
Di sebuah kampung yang terletak di kawasan pedalaman negeri Pahang, di daerah Jerantut atau lebih spesifik lagi Kg Bantal Ulu Tembeling di belakang Istana Sri Tembiling tinggal dua buah keluarga. Salah satu tu keluarga aku la. (huh karangan fail, da lama tak buat ayat skema karangan bahasa melayu). Hehehe..


Aku tinggal kat sana almost 6 years and mcm-mcm benda yg aku timba kat sana expecially about LIFE. Ok tak nak ckp pasal tu cuz ari ni nk citer pasal kisah bedak batu cap amoi (tak tahu bedak apa org panggil). Aku google tgk org panggil bedak samfong.. Watever la kan.. Aku selalu tgk bedak ni kat kedai Pak Haji and Abg Mat and finally dapat jugak beli. Tahu mcm mne aku leh beli? Kumpul duit raya la. Hehe. Zaman dulu dpt duit ngan mama and papa pun just utk belanja petang beli jajan mcm tu je. 

Da dpt beli tu nak pakai tak de span bedak tu makanye aku guna kapas je la. Time tu aku mana la tahu pasal make up bagai ni. Time tu pun electricity kt situ 12 jam which means mlm sahaja ok. Siang tak de letrik. Nak tgk TV? Kena ada arial tinggi dua batang buluh gitu.. Tapi skang tidak lagi.. Di sebabkan aku yg tangan memang gatal and kejap je brg boleh hancuss, makanye begitu jugak dengan bedak batu ni. Jatuh, pecah berderai. Huh.. Tapi still guna sampai abis. Yg pasti aku beli sekali je.. Dapat la jugak merasa pakai. Mahal tu pengalaman aku.. Bedak tu still ada jual lagi skang.. Ingatkan da tak de. Paling senang nk dpt bedak ni boleh dptkan kat KK Mart. Aku ternampak minggu lepas tinggg terus flashback zaman kecik-kecik dlu and terciptalah entri ni.. Sekian... 

P/S: Dak skang da advance.. Nak semua dpt tak mcm aku dlu2. :)


0 Comment for "Flashback: Kisah Bedak Batu Cap Amoi"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top