Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Hikmah Tak Keluar- KL Banjir


Salam Semua...

Alhamdulillah untuk rezeki mlm ni, dinner dengan mixed salad. Kenyang. Syukur ya Allah.. 

Well actually agak frust td sebab bagi hint bajet nk keluar ngan Lurviey tapi sigh** tak faham plak. Emm terpaksa la aku balik hostel. Nasib aku sempat sampai sebelum hujan turun balik after jam 6 ptg. Ari ni plak tak bawak payung (serius aku benci bawak payung sbb mcm bajet ayu, menyampah tgk pompuan yg bajet ayu walhal tetttt malas nk ckp kang ada yg terasa plak). Mungkin ada hikmah kenapa aku tak jadi keluar ari ni or mungkin  Lurviey buat-buat tak faham atau tak faham time aku bgi hint tu aku tak amik port la. KL BANJIR kot.. Eh asal aku tak tahu ni.. Ketinggalan ke apa? Ni la akibatnye tak baca berita ari ni. Tak sempat nk menjenguk baca paper.



Bikin sesak nafas tgk gambar depan IJN and Perpustakaan Negara di penuhi air banjir. Jalan aku selalu lalu kot time nak balik hostel. Lagi satu, salah satu tmpt yg aku gile-gile nk beli tapi bajet tak de (sedarlah diri cik nani, tmpt tu harga juta-juta der) iaitu SetiaSky sebelah IJN tu je kot pun leh tgk air. Tetiba aku rasa mcm emm mcm tak ok plak tmpt tu (defence mechanism-rationalization, very good at it) Rezeki aku beli rumah atas tanah/atas langit kat lain kot. Oleh itu kepada yg turun KL tu sila cari alternatif jalan lain time nk balik. Confirm jamn and confirm la buat dosa mulut cuz masa ni la manusia tak nak tolerate. Dah penat kan, mesti nk balik cepat-cepat. Sigh** Wonder sok dpt keluar ke tak and if keluar and jika ada kemungkinan esok banjir maka alternatifnya mungkin terpaksa lalu Jalan Bulatan Pahang la kot. 

Gambar kat atas ni banjir kat Jalan Tun Razak. Berita penuh klik sini . Or berita TV3 kat sini

P/S: Fall in love with tomato cherry :)
0 Comment for "Hikmah Tak Keluar- KL Banjir"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top