Salam Semua...
Selamat pagi dan semoga hari ini mendatangkan kebahagian, dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin Ya Rabb. Pagi ni awal kot pergi ofis sbb nak beli nasi. Hehe. Yang penting before 9am mesti da ada dlm ofis. Almost 2 minggu stop amik oats. Tetiba plak buah malas tu bertempek kat aku. Esok kena back to breakfast routine before off to work.
Ok la pagi-pagi ni belek berita kejap then apa yg menarik utk aku kongsikan adalah berita mengenai Ramai Pasangan Muda Bercerai di Perlis. Ramai?? Ok sebut pasal kes cerai ni kat mana-mana je ada kan. Tapi kenapa bercerai? Kenapa sebelum kahwin semuanya ok tapi bile da kahwin nk berpisah plak? Kenapa? Kadang-kala ada pasangan yang masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang dan melangkah ke alam perkahwinan dan ini merupakan salah satu faktor penyebab kepada penceraian (mcm karangan stpm plak) Kenapa belom bersedia? Sebab belom puas enjoy and tak sedia utk bagi full komitmen kan..kan..kan.. Kahwin sekadar nk menghalalkan hubungan and jugak seks.Nak tahu apa beritanye baca kat bawah ni.
KANGAR – Sebanyak 450 kes penceraian telah direkodkan di Perlis sepanjang sepuluh bulan pertama tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri, Jafperi Othman berkata, lebih merisaukan kebanyakan kes berkenaan melibatkan pasangan yang usia perkahwinannya di bawah sepuluh tahun.
Menurutnya, kelompok umur yang paling banyak dalam kes penceraian iaitu di bawah 40 tahun.Katanya, tujuh punca utama menyebabkan berlaku penceraian telah dikenalpasti pihaknya.
“Antaranya, kurang pengetahuan ilmu agama dan rumah tangga, perkahwinan pada usia muda dan suami mengabaikan tanggungjawab.
“Selain itu, campur tangan pihak ketiga, suami berpoligami, masalah komunikasi dan ekonomi juga menjadi faktor,” katanya ketika menjawab soalan Mat Hassan (BN-Kuala Perlis) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-12 di sini semalam.
Menurut Jafperi, bilangan kes penceraian yang berlaku pada tahun lalu iaitu sebanyak 522 kes dengan kaum Melayu adalah yang paling banyak. Bagi menangani kes penceraian daripada terus meningkat, pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi lain sentiasa melakukan pelbagai program.
“Contoh program berkaitan kekeluargaan yang tetap dan berjadual, kelas pengajian agama, seminar, ceramah umum dan banyak lagi,” ujarnya.
Aku nk petik sikit je kt sini tang campur tgn orang ketiga. Aku setuju sgt2 la. Terutama ibu bapa. Kenapa la pergi masuk cmpur hal rumah tangga anak-anak. Tak pasal-pasal da bercerai. Kadang aku tgk pun rimas. If nk masuk cmpur sampai bile pun tak independent la anak-anak dlm hal rumah tangga ni.
Sumber: Kosmo Online
P/S: Tak leh ckp lebih sbb belom kawin tapi perlu amilk tahu kn??
0 Comment for "Ramai Pasangan Muda Bercerai?"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)