Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Shoppe at Jom Singgah Shop

Salam Semua...

Yeayy... ari ni (khamis) da dpt produk yang aku order ngan Jom Singgah Shop. Selama ni duk ushar-ushar je tapi tak berkesempatan nak beli cuz nak tunggu akhir tahun. Tau la kan akhir tahun confirm ada SALE. Pompuan memang suka SALE, tak kira branded or tak. Setuju tak?? And sememangnya SALE yang sangat hebat di Jom Singgah Shop sedang berlangsung skang. Nak shopping jugak? Tgk link kat bawah skali. 

Btw aku ni jenis orang yang sangat kurang sbr lagi-lagi kalau barang yang aku nak memang time tu jugak aku nak. Huh, nasib baik Lurviey faham aku. Thanks honey. Kalau aku ckp now means NOW. Huh perangai buruk benor. Di sebabkan aku ni kurang sabar jadi aku pun mintak hantar by hand lagi cepat. Tak nak post-post ni. Lambat. Makanya lepas waktu lunch td ada budak call suh aku amik barang tapi nasib baik tmpt keje dekat aku suh die hantar kat tmpt aku keje. Turun byr duit and amik barang. Wink-wink** 

 Ni la yang barang aku rembat online kt Jom Singgah Shop. 3 item RM52 termasuk postage. Ok la kan. Aku beli Eye Liner Gel, Eye Shadow Pallette and Mascara.Last aku shopping eye shadow 3 tahun lepas. Lama kan? Tapi still tak abis jugak walhal ari-ari pakai kot. Mascara yg aku beli kat KL Central pun da abis jugak. Recommended oleh sorang kakak yg meletop. And Eye Liner Gel baru nak try pakai. 


Cantik tak casing Eye Shadow Pallette nih? Cantik kan. Gold gittew..  Biasa pakai Elianto tapi kali ni nak try yg lain plak. Boring la asyik pakai yg Elianto je and tak tahan lama kat mata aku. Sigh**. Aku sikit pun tak kisah brand apa as long as apa yg aku pakai puas hati and tak rosakkan kulit aku. Kadang org duk bangga pakai brand tu brand ni watever la kan. Aku punye suka la. 


Kali ni nak cuba something yg lain sikit, maksud aku nk try eyeliner gel plak. Liquid and pencil da selalu guna tapi gel tak pernah guna. Yg ni aku dpt harga special Crazy Sale tapi da tamat da smlm. Hehe lucky kan aku sempat beli. Sbb ni percubaan pertama makanya aku tak kan lepaskan harga Crazy Sale.


Nampak tak kat atas ni ada 64 wet eye shadows yang confirm akan lambat abis. Lagi-lagi warna terang. Aku suka pakai warna gelap. Stok utk berapa tahun ni? Aku pun tak tahu. But seriously now aku gile nak beli benda mcm ni plak. Adoii... Tapi bukan abis pakai pun kan. Grrr.. 


Warna yang kilat-kilat(shimmer) yg buat aku nekad nak beli sbb jenis yg mcm ni je tahan ngan mata aku ni. Yg lain kejap je pakai then da hilang. Lately mata aku mudah berpeluh..Erk.. Mata kurang bermaya. Banyak bnor masalahnye.. Hehe..


Ni gmbar aku snap kat ofis bile da dpt brang tpi yg ni je smpt snap sebab nk sambung keje. Adoii.. Opss... Ari ni aku jadi budak baik la kat ofis sbb pakai baju kurung. Kinda formality. Perghh... Formal la sangat kan. Tapi semangat keje bile formal ni lain. Sungguh-sungguh and rajin. So what!!!

Produk yg aku beli kat Jom Singgap Shop

Arabian EyeShadow Pallete Normal Price RM80, NOW RM30
Mac Eye Liner Gel Normal Price RM15, Crazy Sale RM9
Mac Zoom Lash Mascara Normal Price RM20, Crazy Sale RM8 
** Crazy till 15 Dec 2011.- da abis pun
Postage- RM5

Nak shopping kat Jom Singgah Shop? Klik Sini SINI

Dapatkan promosi hebat Disember kat SINI



P/S: Kenapa aku selalu dikaitkan dgn Arab? Huh.. 
0 Comment for "Shoppe at Jom Singgah Shop"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top