Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Tips Cinta : Lupakan Si Dia?


Salam Semua 

Persoalan mengenai wajarkah perhubungan diteruskan atau ditinggalkan seringkali menjadi dilemma bukan sahaja kepada remaja bahkan orang yg bukan remaja pun. Klien aku pun banyak masalah cinta tapi aku tak boleh bagi keputusan cuz dorang yg kena pilih yg boleh aku tolong is guide them to see the real situation and selebihnye settle sendiri la kan. The power is in ur hand not in my hand. So kali ni aku petik daripada Remaja lagi. 



Cinta itu sememangnya datang tanpa kita sedar dan adakalanya tidak pernah kita rancang. Namun Tuhan  memberi kita akal untuk memilih yang mana baik dan tidak baik untuk kita . Dalam situasi ini , kamu punya dua  pilihan iaitu cinta ini mungkin boleh diteruskan andai si dia juga menaruh hati pada kamu dan dalam masa yang sama hubungan si dia dan sahabat kamu memang seperti akan berakhir . Walau bagaimanapun , jangan lah menangguk di air yang keruh . Biar lah ia datang dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa dan dirancang. Manaka la pilihan kedua pula sudah semestinya kamu harus meninggalkan dan membuang semua rasa cinta kamu itu andai si dia begitu menyayangi sahabat kamu dan hubungan mereka tidak ada sebarang masalah . Memang bukan mudah untuk melupakan orang yang disayangi. Namun demi menjaga sebuah persahabatan , kamu harus kuat untuk melakukannya . REMAJA berikan kamu tip untuk melupakan si dia .




1-Jangan hubungi dia lagi dan seboleh-bolehnya andai dia menghubungi kamu,elak daripada berbual panjang.  Hanya cakap apa yang perlu sahaja.

2-Cuba renggangkan sedikit demi sedikit jarak di antara kamu berdua. Lakukan  secara tidak langsung agar tidak ada yang perasan dengan perubahan kamu.

3-Berikanlah pelbagai alasan apabila mereka mengajak kamu keluar bersama.

4-Cari teman baru untuk mengalihkan segera pandangan dan cinta kamu pada  si dia.

5-Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar kamu tidak ada masa untuk memikirkan  si dia.

6-Elakkan bersendirian kerana apabila kamu rasa sunyi, pasti kamu akan mengingati  si dia.

7-Sekiranya teman kamu dan si dia  bertengkar, elak daripada menjadi orang tengah dan pendengar yang setia untuk si dia.

8-Buka minda luas-luas dan katakan pada diri sendiri, masih banyak lagi lelaki yang baik di luar sana. Kamu bukannya PERAMPAS!

9-Bersihkan hati dan buang segala rasa dengki, cemburu serta perasaan yang tidak baik itu. Bila jiwa kita bersih, kita tidak akan tergamak untuk melakukan sesuatu yang akan menyakiti hati orang lain.

10-Cuba tempatkan diri kamu seketika  di tempat sahabat kamu itu. Pasti kamu akan terluka apabila mendapat tahu  sahabat sendiri dan orang yang disayangi mengkhianati kesetiaan dan kasih sayang yang diberi.


Putus Cinta BUKAN bermakna dunia berakhir dan janganlah bertindak bodoh dengan mengakhiri kehidupan kamu yang masih panjang

Sumber: Remaja

P/S: Putus Cinta bukan bermakna dunia berakhir.
0 Comment for "Tips Cinta : Lupakan Si Dia?"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top