Diet..diet...diet.. selalu dengar orang berdiet nak jaga body sbb takut gemox.. Tapi ramai di antara mereka yg berdiet dlm keadaan terpaksa. Disiplin pun tak de. Hancur pelan diet tuh.. Disiplin perlu bgi those yg betul2 nk capai target kan.. (ckp mcm good-good je aku kn? Aku misi nk gain weight tak menjadi la. kena jumpa pakar nutrisi la kot.. erk). Tak mo mengarut lebih just wanna share apa yg aku baca kat Remaja cuz Sharing is Caring.. :) Selamat Berdiet okies.
Perkara asas yang perlu dilakukan ketika berdiet ialah memberi fokus kepada makanan yang di ambil dlm pelan pemakanan
1. Menambahkan karbo selepas senaman
Pastikan kamu tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian kerana otot berada dalam keadaan yang lemah di mana penambahan karbo sangat diperlukan. Malah pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.
Pastikan kamu tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian kerana otot berada dalam keadaan yang lemah di mana penambahan karbo sangat diperlukan. Malah pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.
2. Jangan tidur ketika lapar
Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya, ia tidak akan membantutkan usaha kamu jika kamu memilih makanan daripada sumber protein. Contohnya susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.
3. Kitaran kalori
Apabila kamu mengurangkan kalori dalam diet untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisme kamu akan menurun. Memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi mampu menghalang daripada berlakunya metabolisme yang rendah ini. Contohnya, kamu boleh berdiet rendah kalori untuk lima hari dan dua hari dengan kalori yang lebih tinggi. Secara tidak langsung, diet kamu akan menjadi lebih menarik.
4. Lengkapkan dengan protein
Protein adalah nutrien terpenting dalam pelan diet dan membantu untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera serta memastikan otot-otot mendapatkan bekalan yang secukupnya. Pilihlah protein yang baik daripada sumbersumber semula jadi untuk hasil yang terbaik.
5. Jadualkan Cheat Day
Bila berdiet, ramai yang akan mengelak daripada mengambil makanan yang disukai. Sebenarnya ini adalah persepsi yang tidak betul. Dengan memilih satu hari daripada tujuh hari seminggu untuk jadual Cheat Day, kamu masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan dalam masa yang sama mengekalkan diet sihat pada hari-hari lain.
6. Saratkan dengan serat
Serat penting dalam pengurangan berat badan kerana ia membantu menyihatkan badan serta membuatkan kamu berasa kenyang. Sekurang-kurangnya kamu memerlukan lima gram sumber serat misalnya sayur- ayuran, buah-buahan atau gandum penuh untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan.
Sumber: Remaja
P/S: Mudah je kan? Any tips for skinny nk gain weight??
0 Comment for "Tips Diet : Ala Malaysian Life Style"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)