Assalamualaikum
Aku nak membebel sikit pasal disiplin dan kesihatan. Selalu word disiplin ni dengar kt sekolah je sampai berselisih dengan cikgu disiplin pun tunduk sebab hormat plus seciput rasa takut.. Kat kepala otak terbayang saiz rotan kt bilik cikgu tu. Pandai plak takut kan kalau tang bab tu.. Kalau kesihatan sikit pun tak kisah..
Cube la berdisiplin sikit dlm menjaga kesihatan (peringatan utk diri sendiri). Kalau da tahu batuk, jgn lah minum air dlm peti or air batu.. Pantang betul aku dengan org mcm ni. Lepas tu batuk tak tutup mulut. Annoying giler. Cube la kurangkan minum ais tu. Tak boleh hidup eyh tanpa air batu? Tak paham sungguh aku..
Tang bab makanan plak, cube jgn berdisiplin sgt dlm pengambilan fast food. Tiap-tiap minggu nk jugak melantak KFC, McD lepas tu tombam. Ish.. Tombam sihat tak pe. Alhamdulillah. Tapi kalau menjejaskan kesihatan mcm mne? Kadang kesian jugak aku tgk org mcm ni, nk ckp xde duit, ari-ari jamu tekak dgn fast food.. Tak tahan godaan eyh? Nampak kepak ayam memanggil-manggil lepas tu kepak ko pun da mcm kepak ayam. Pakai baju sleeveless nampak tergantung macam kepak madu kat pasar malam. Ish..
Ckp pasal fast food, aku da almost 6 month tak jejak kaki kat KFC or McD. Mcm bagus je kan.. Bukan apa, daripada aku beli mkanan tu better aku beli apples, veges, salads, lemon.. kan lebih sihat tu. Lately aku lebih obsessive regarding of health matter. Makin hari, mcm2 penyakit timbul, yg timbul tu senyap-senyap je tup-tup tahu da peringkat akhir da.. Scary kan? Biarlah org ckp tak up to date makan fast foods bagai but yg penting tahu jaga pemakanan and kesihatan. A good health from a good food and dengan izin Allah S.W.T.
Aku pun dlm proses kurangkan pengambilan caffeine and also maggi.. Hehe.. Maggi tu da berjaya da aku kawal and tukar kepada pengambilan roti. Lapar je amik roti and salad instead of Maggi. Unless da craving sgt baru aku amik.. Aku tahu entri ni mungkin sensitif tapi aku tak kira.. Nk publish jugak. PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI.
P/S: Bersama menjaga kesihatan.
0 Comment for "Perlu Disiplin Dlm Kesihatan ?"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)