Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Tau Tak...Penat Jaga Hati Orang

Assalamualaikum

Huh.. serasa penat seperti berlari berpuluh-puluh meter tapi penat lagi menjaga perasaan orang sebenarnye. Ish.. Kadang kala sifat humanistik manusia yg terlalu tinggi pun tak guna juga sebab finally makan diri sendiri. Penat, letih,bosan,jemu, bile asyik fikirkan hati and perasaan orang lain tapi hati sendiri teraniaya dan sakit. Perlu ke mcm tu? Bukan ke orang selalu ckp sebelum fikir org lain fikir diri sendiri dlu. Tapi ada jugak org ckp kalau act like this, korang mcm individualistik plak. Sigh** But sometimes we need to persetankan org lain demi jaga diri sendiri. Kes tak jga diri sendiri ni lah yg menyebabkan tahap kesihatan mental jatuh (haa.. kan da keluar ilmu psikologi tu). 



Kadang-kadang aku penat utk berbicara,mengeluarkan kata-kata. Sudahnya aku lebih suke memerhatikan manusia tanpa mengeluarkan sebarang kata tapi melahirkan satu judgemental yang mungkin benar dan mungkin juga khilaf. Aku manusia biasa yg lebih suka berbicara dengan keypad.. Tangan sentuh keypad, keypad keluarkan bunyi.. Tak menyakitkan telinga aku bahkan ianya seperti muzik yang menjadi halwa telinga daripada mendengar suara manusia yg kadang kala aku rasa annoying giler.. Kadang kala lebih baik memandang skrin daripada memandang muka manusia yg sentiasa menyakitkan hati.. Aku pandang skrin, skrin pandang aku balik, tiada perasaan sakit hati.. Ish.. macam keseimbangan terma la plak.. (fizik-fizik).

Kadang aku jga hati manusia ni lebih dari hati sendiri.. Perghhh kalau da melebih memang meletup la kan.. Ish.. Buat apa jga hati org kalau hati kite sendiri tak terjaga.. No wonder org zaman skang ada yg bersikap individualistik.. Sekian.. 

P/S: Nobody..nobody but You... ehh korea plak.. :P


Tag : emovere
0 Comment for "Tau Tak...Penat Jaga Hati Orang"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top