Assalamualaikum
Ahad.. Hari untuk rehat-rehat... Tapi for me aku masih belum puas spent time ngan Lurviey.. So nak went out again. Keterbiasaan melepak bersama and lma ngan Lurviey masa kat UM 2 tahun lepas buat aku rasa kekok bile keterbiasaan dan rutin harian aku berubah since lepas grad. Masa yg terhad and jmpe pada hari tertentu je. Sigh** kesabaran harus tinggi..
Kebetulan hari ni Lurviey datang service kete di PJ and after service kete terus turun KL singgah makan jap before off to Wangsa Walk. Plan ari ni memang nk ke Wangsa Walk.. Sampai Kg Baru kat Restoran Gerak 21, masyaAllah ramai nye orang bersesak-sesak tgk tunggu turn amik ikan bakar and also nasi. Aku da rasa sesak da sebab terlalu ramai and hari ni even cuaca mendung tapi still panas. Aduhai... *panas dunia.. Amik makan tapi nasi tak habis mkn sebab perut masih sebu tapi lapar. *membazir..my bad.. Meratah ikan pari bakar je la. Nasib ok je..
Abis makan then off to Wangsa Walk.. Nak main Super Shooter. Nak beat score Lurviey.. Haha.. Actually he wanna beat me.. Ahaks. Then sampai sana again, ramainye org.. Aduhai.. Emm orang baru terima gaji memang ramai.. Time ni nk bawak anak-anak keluar. So main one round je then da malas nk main sebab ramai sgt and aku rasa not comfortable. So round and round and round dlm tu then decide nak ke Carrefour Wangsa Maju.. Masuk tempat parking then penuh, arghhh ... cancel plan.. Pergi esok je la kat situ.. Tukar plan pergi Jusco Alfa Angle and melepak kat situ plak. Sekali ada sale.. Dapatlah beli.. Tapi tu next entri la aku update..
Settle semua kat situ then we decide untuk dinner kat PJ pekena sup kat Seksyen 17.. Terbaik untuk orang demam tu. Sup yang pekat dengan rempah.. Lepas tu keluar dari tempat parking Jusco tu terus menghala ke Taman Melati.. Aikkk aku pelik ingat Lurviey nak lalu KL tapi lalu lain plak.. Rupanye nak lalu Duke Highway.. Ok.. Then sekali lalu kat betul-betul dewan serbaguna Taman Melati tu, air memang penuh bertakung biasa la baru lepas hujan.. Tetiba kete tak leh mati.. Bile bukak pintu air tinggi paras lutut aku. Lurviey da cuak and aku pun time tu jantung nak tercabut. Nasib ada 3 orang abg ni yang baik hati tolong tolak kete and Alhamdulillah enjin bleh start tapi berasap plak kat enjin. Aku memang takut tang enjin-enjin ni. No.plat kete pun tercabut jugak. Nampak sgt tujahan air tu kuat sgt sampai bleh patah. Mcm mne nk lepas PJ sebab situ selalu ada SJR then kalau org yg pernah terkena tahu la kan.. Malas nk ckp.. Lurviey decide nk gamble je. Ok no hal la. InsyaAllah ok..
On the way balik nampak plak mat mot yang aku ingatkan bisu sebab dua biji motor tgh duk guna bahasa isyarat then lepas tu mat mot tu press motor then nk willy plak.. Kalau la mat mot tu betul2 OKU then merempit memang dua kali ganda dari mat rempit aku sumpah.. Gile la.. Finally mat mot tu hilang dari pandang mata aku.. Lega rasanye. Lepas tu kat tepi jalan tu aku nampak plak geng mat mot duk bertumbuk ngan pemandu kete. Alahai.. Asal benda tak elok je ni aku nampak.. Mat mot tadi ni.. Bawak geng plak.. Arghh persetankan. Risau aku tgk budak-budak mcm ni. Makin menjadi-jadi.. Bukan risau apa.. Cume org mcm ni bukan takut undang-undang and boleh buat apa je yang die nak asalkan die puas hati.
Finally sampai PJ then plan nk makan kat Seksyen 17 cancel and lepak kat AMJAL je dekat ngan hostel aku. So mkn lepak-lepak kasik tenang and bagi kete rest dulu then baru Lurviey gerak balik Gombak balik.. Aku ingt nk balik naik LRT je tadi tapi Lurviey tak kasik.. Memang Lurviey bukan jenis orang yg lepas mcm tu je.. He always make sure aku sampai ngan selamat baru la Lurviey gerak balik. Just now I call him, and selamat sampai jugak.. Alhamdulillah. Esok kena pergi check enjin semua, buat no plat baru..
Apapun pengalaman ari ni merupakan pengalaman yg amat tragis la bagi aku.. Bikin jantung aku tercabut kot. Seriously mood yg tengah happy tiba-tiba mcm tu je kena tarik. Mungkin ada salah silap kat mana ni.. Allah terus bayar cash.. Cepat atau lambat je. Alhamdulillah semuanya ok..cume mentally and physically exhausted.. Esok da keje.. Sekian.. Nk topup tenaga untuk keje..
P/S: Entri panjang tanpa gambar..
0 Comment for "My Thrilling Sunday"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)