Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Nurul Nadirah Di Culik Bapa Kandung

Assalamualaikum

Ah sudah... timbul plak tajuk akhbar Budak Di Culik Angkara Dendam dan penculik tersebut bapa kandung sendiri. Apakah ini semua? Aku tak nk ulas lebih. Hope perkara ni settle secepat mungkin. Macam-macam hal. Apapun semuanye masih dlm siasatan.


Kosmo! Online 6 Mac 2012

JOHOR BAHRU - Angkara dendam, seorang kanak-kanak disyaki menjadi mangsa penculikan ketika dia keluar rumah untuk membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit berhampiran kediamannya di Flat Seri Delima Jalan Suri, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini Khamis lalu.

Nurul Nadirah Abdullah, 5, sehingga kini masih belum ditemui meskipun polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia di antara 36 dan 40 tahun bagi membantu siasatan sebaik mendapat laporan yang dibuat ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, pada hari kejadian.

Nurul Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi ketika anak kedua daripada tiga beradik itu telah diberi wang RM4 dan sekeping nota untuk membeli dua bungkus mi segera dan telur.

Bagaimanapun, mangsa masih tidak pulang selepas hampir sejam menyebabkan Roselyn dan suami, Lima Medang, 25, pergi mencari Nurul Nadirah di kedai runcit tersebut tetapi dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu telah beredar pulang sejurus membeli barang-barang yang dimahukannya.

Menurut Roselyn, dia kini bimbang mengenai keselamatan anaknya itu walaupun polis telah membuat tangkapan dan memaklumkan mengenai penemuan sepasang selipar milik anaknya berserta mi segera dan telur di dalam kawasan kelapa sawit berhampiran flat empat tingkat terbabit.

"Ada jiran ternampak anak saya telah dilarikan oleh sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang tinggal di rumah kosong yang telah dilelong di depan kediaman kami.

Kosmo! Online 11 Mac 2012

PASIR GUDANG - Seorang lelaki yang ditahan polis di Seri Alam di sini Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang merupakan bapa kandung kepada kanak-kanak tersebut.

Ibunya, Roselyn Alan, 25, mendakwa, dia mengetahui mengenai penahanan bekas suaminya itu selepas dimaklumkan oleh seorang pegawai polis pada hari yang sama.

"Kami berpisah secara baik pada tahun 2008 selepas tiga tahun hidup bersama ketika Dirang berusia setahun.
"Dia seorang bapa yang baik dan sering menghubungi kami, terutamanya Dirang," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

P/S: Speechless..
1 Comment for "Nurul Nadirah Di Culik Bapa Kandung"

kenapa ya harus diculik gt

http://insanicita.blogspot.com

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top