Assalamualaikum
Adalah penting untuk kita menjaga kebersihan peralatan kosmetik seperti, foundation brush, blusher brush, loose powder brush, blending brush and yang seangkatan dengannya. Hal ini kerana, berus ini terdedah kepada habuk dan bakteria dan ini akan memberi kesan yang buruk kepada wajah sekiranya berus tidak di cuci. Di sarankan untuk mencuci setiap minggu bagi mengekalkan tahap kebersihan berus korang.
Cara aku cuci makeup brush aku.
It's Sunday... What a lovely day... Rise and Shine.. Well ari ni bangun kemas bilik, and the most important thing to do today is "Cleaning Makeup Brushes". Ayat aku mungkin skema sikit macam jawab karangan bahasa melayu.
Adalah penting untuk kita menjaga kebersihan peralatan kosmetik seperti, foundation brush, blusher brush, loose powder brush, blending brush and yang seangkatan dengannya. Hal ini kerana, berus ini terdedah kepada habuk dan bakteria dan ini akan memberi kesan yang buruk kepada wajah sekiranya berus tidak di cuci. Di sarankan untuk mencuci setiap minggu bagi mengekalkan tahap kebersihan berus korang.
Macam mana nak cuci makeup brush ni? Tak rosak ke bile kena air? Macam mane nk tanggalkan kotoran yang melekat sebab foundation tu mostly oily and creamy...
Cara aku cuci makeup brush aku.
1. Gunakan air suam then aku rendam berus tu kejap lepas tu letak pencuci muka(tapi ada jugak yg guna shampoo) agar kotoran mudah tanggal dari berus tu. Then buat mcm gambar kat bawah ni, gosok berus kat tapak tangan yang bersih dalam gerakan memutar. Berus harus dihalakan kebawah supaya air tu tak masuk kat batang tu. Abis lak batang berus tu.Kalau rasa mcm air tu tak clear lagi then letak lagi pencuci muka tu sampai abis air tu nampak jernih.
2.Bilas hingga bersih then boleh keringkan di atas towel bersih ataupun tisu. Da siap..Before guna pastikan berus tu da kering dan seeloknya beli la lebih sikit makeup brush so bleh bertukar-tukar. Tapi kalau masa korang basuh tu bulu-bulu da tanggal, itu tandanya korang kena beli brush baru.
Itu je la yang aku nk kongsi cara aku basuh brush. Gambar dua kat atas ni aku petik dari Google and if korang Google korang akan jumpa pelbagai cara nk cuci makeup brush ni. So pilihlah yg senang bagi korang. Bagi aku yg cara yang aku ckp kat atas ni lah yg mudah and berkesan. Selamat Mencuba..
P/S: Rasa nk shopping more brush la. Tapi perlu ke??
4 Comment for "How to Clean Makeup Brushes?"
wahhh!! thanx buat entry.. mmg tgh mencari cara nak cuci makeup brush ni. tq alot ya!
tiap2 minggu cik nur cuci.. :)
nk tny knpe sy ny brush make up ad mcm bau lepas dh cuci..
nk tny knpe sy ny brush make up ad mcm bau lepas dh cuci..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)