Assalamualaikum
Agak-agak korang, korang ni kaki boros ke? Bagi aku, 7 tabiat kat bawah ni yg kena ngan aku beli prepaid. Sebab ari-ari aku call parent. Wajib ok. Tapi cadang mcm nk tukar kepada bil. But kena pergi tanye dulu la. Wayang plak time student dulu je. Skang tak lagi. Tu je la. Korang plak??
“Arghhh, peningnya kepala! Macam mana nak hilangkan sikap boros ni?” Pasti kamu pernah merasai pengalaman sebegini, bukan? Tahukah kamu aktiviti remeh yang sering kamu lakukan tanpa disedari menjadi penyumbang utama pada pembaziran sumber kewangan setiap bulan. Sekiranya difikirkan semula, segalanya mampu diubah hanya dengan sedikit kesedaran awal. Oleh itu ayuh kenali tujuh tabiat yang menjadi titik noktah pembaziran yang perlu kamu beri perhatian.
1. Merokok
Aktiviti paling membazir sepanjang hayat! Merokok merupakan salah satu sikap yang sangat tidak mendatangkan faedah kepada kamu. Walaupun kerajaan giat membanteras gejala ini namun masih ramai lagi yang melakukannya. Kepada si kaki rokok sedarlah akan pelaburan sia-sia kamu itu. Bayangkan duit gaji dibakar begitu sahaja. Hanya perlu mengurangkan gian merokok dengan menetapkan jumlah tertentu sahaja mampu membantu kamu agar tidak terlalu membazir dengan tabiat ini.
2. Kaki Wayang
Setiap kali gaji, panggung wayang ialah lokasi wajib untuk dikunjungi. jangan bazirkan wang kamu hanya kerana perasaan bosan yang tidak tentu arah itu. Memadai hanya mengehadkan aktiviti ini dua kali dalam sebulan. Selain itu, kamu juga perlu bijak memilih tayangan untuk ditonton agar tidak berlaku pembaziran pada duit tiket.
3. Gilakan Barangan Baru
Seronoknya apabila gaji mula masuk ke dalam akaun tetapi itu hanya di awal bulan sahaja. Cuba kamu fi kirkan bagaimana harus kamu teruskan hari-hari mendatang sekiranya wang kamu sudah habis? janganlah asyik berbelanja pada barangan baru setiap bulan. Sebaiknya kamu perlu menyenaraikan barang keperluan bulanan kamu agar tidak melebihi bajet yang sepatutnya.
4. Kurangkan Kad Prabayar
Setiap hari kamu pasti bergayut dan bermesej di telefon bimbit. Disebabkan rutin inilah kamu terpaksa menambah kos kad prabayar kamu setiap bulan. Bayangkan jika setiap hari kamu bazirkan RM5, ini bermakna kamu telah habis RM150 sebulan untuk kad prabayar. Sebaliknya jika kamu mengawal penggunaan kad prabayar, ini bermakna kamu telah berjaya
5. Karaoke
Sememangnya ramai remaja suka pada aktiviti ini. Kononnya ia mampu menghilangkan stres tetapi sekiranya kamu pergi setiap hari pasti akan mengundang pembaziran yang tidak terkawal. Aktiviti ini bukanlah suatu rutin yang murah terutama apabila kamu menyanyi di ruang yang agak kondusif kerana ia memerlukan pelaburan yang tinggi. Tanpa disedari, duit yang dilaburkan itu boleh digunakan untuk membeli set karaoke di rumah. Nyanyilah sepuasnya tanpa berlaku sebarang pembaziran.
6. Hadap Restoran Mewah
Kamu seorang yang gemar menikmati hidangan lazat di restoran mewah? Sekiranya ya, apa kata kamu kurangkan sedikit rutin high class kamu itu. Bukanlah untuk menghalang kamu daripada menikmati hidangan lazat bertaraf bintang tetapi sedarlah jika kamu bukan daripada golongan yang berkemampuan lebih baik gunakan wang yang ada dengan memasak makanan sendiri.
7. Kaki Pusat Rawatan Kecantikan
Taasub terhadap kecantikan? Ramai remaja kini mudah terpedaya dengan agenda pusat kecantikan yang menjanjikan kecantikan luar biasa buat pengunjungnya. Tidak salah untuk tampil cantik, namun ia akan mengundang pembaziran apabila kamu terlalu kerap ke pusat kecantikan seperti spa dan salon. Pastinya ini akan menjejaskan sumber pendapatan bulanan. Dicadangkan agar kamu membuat satu jadual tepat dan asingkan sejumlah wang khusus untuk menjalankan aktiviti ini

Sumber: Remaja
P/S: Berbelanja kena tgk tahap ketebalan poket?
Tag :
emovere
5 Comment for "7 Tabiat Remeh Si Pemboros"
haha semua tak da kt atas..hehe..cma suka beli baju nkasut ja..;-)
klu window shopping plng suka!!maklumlah poket tak tebal..hihi
sama dengan ayu..xde senarai di atas..
kalau topup lak, nur sebulan RM40, untuk 2 hp..hihihi..
nsib baik sy jimat,,hihihi
hihihi
topup kot...kalu byk event, lg byk pkai kredit...huhu
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)