Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Kuiz Kekasihmu Kedekut.. Check Sini..

Assalamualaikum

Salam 4 Ramadhan.. Da masuk hari keempat berpuasa. Alhamdulillah syukur nikmat.. Semoga ibadah puasa diterima oleh Allah S.W.T.


Ops kedekutkah si dia? Semua benda nak dihitungnya, dari sekecil-kecil benda hinggalah kepada sebesar-besar benda Aduhai, makan hati kamu jawabnya! Setiap kali keluar bertemu janji pasti kamu yang banyak  mengeluarkan belanja berbanding si dia. Padahal, si dia hanya diam sambil memerhatikan kamu tanpa ada perasaan bersalah langsung. Teganya si dia memperlakukan kamu seperti itu! Jom cuba kuiz ini untuk membuktikan kebenarannya.


1. Kebiasaannya si dia lebih suka menjamu selera di kedai?
a. Warung tepi jalan.
b. Mamak.
c. Restoran eksklusif.

2. Setiap kali kamu memintanya membelikan sesuatu, si dia pasti?
a. Menuntut harga barangan yang dibelinya.
b. Membelinya mengikut kemahuan kamu.
c. Berkira dan meminta duit daripada kamu.

3. Setiap kali kamu keluar bertemu janji, pasti si dia?
a. Tidak mahu mengeluarkan duit dan mengharapkan kamu.
b. Berkongsi duit dengan kamu setiap kali keluar bersama.
c. Membelanja kamu tanpa kamu perlu membayarnya.

4. Selalunya si dia mengungkit tentang?
a. Si dia pernah mengeluarkan wang yang banyak.
b. Kamu yang selalu menyusahkan si dia.
c. Kamu perlu berjimat.

5. Si Dia seorang yang sangat?
a. Kedekut dan sukar mengeluarkan wang.
b. Sanggup membawa bekal dan tidak mahu makan di luar.
c. Pemurah malah gemar membelikan apa sahaja kegemaranmu.

6. Saat memperkatakan tentang wang, Si Dia pasti?
a. Tidak mahu berkongsi tangga gaji yang dimilikinya.
b. Selalu ingin berjimat hingga terpaksa mengikat perut.
c. Tidak mahu membazirkan wang pada benda yang tidak kelihatan.

7. Si Dia selalu sangat?
a. Meminta kamu membayar semula barang yang pernah dibelinya.
b. Memaksa kamu mengeluarkan duit kamu dahulu sebagai pendahuluan.
c. Meminjam wang daripada kamu, sedangkan dia sendiri ada wang.

8. Bagi kamu, teman lelaki kamu?
a. Tidak sesuai untuk dijadikan teman hidup.
b. Selesa dan semua kenyataan tentangnya tidak tepat.
c. Sangat kedekut!

Jawapan:
Jawapan A: 3 hingga 4 - sahlah si dia memang kedekut!

oh tidak, sakit jiwa dan makan hatilah jawabnya nanti. Cuba kamu bayangkan, apabila teman lelaki kamu mula berkira dengan kamu. Serba serbi akan dicongaknya malah si dia sanggup meminta bayaran ke atas barangan yang pernah dibelinya itu. nampak sangat si dia terlalu mengawal pengeluaran wangnya tanpa memikirkan perasaan kamu. nama pun pasangan kekasih, apa salahnya sekali sekala si dia mengeluarkan wang dan membelanja kamu makan, membeli belah ataupun menonton wayang. Bukan selalu pun kan? Jika nak dibandingkan dengan kamu, siapa yang lebih banyak mengeluarkan wang? Sudah tentulah kamu. namun si dia tidak pernah ambil peduli sekalipun. Jadi, kamu fi kir-fi kirkanlah mana yang baik dan buruk.

Jawapan B: 2 hingga 3 - Masih boleh bertimbang rasa

Fuh, nasib baik si dia tidak keterlaluan sangat dan masih lagi boleh bertimbang rasa. Sekurang-kurangnya tidaklah kamu rasa macam nak makan orang sahaja. Walaupun ada sedikit perasaan kedekut dalam dirinya, tetapi tidaklah sampai si dia terlalu berkira dengan kamu. Sebolehnya si dia cuba untuk berlaku adil dan sentiasa menyenangkan kamu. Mungkin si dia agak berjimat setiap kali keluar bertemu janji dengan kamu, namun tidak pula si dia sanggup mempergunakan kamu untuk kepentingan dirinya. Cuma kadang-kadang ada juga si dia meminta kamu membayar makanannya ataupun belanja si dia menonton wayang. Jimatnya bukan main lagi. Kamu kena cuba mengajarnya untuk berkongsi wang dengan kamu atau membiasakan dirinya untuk bertanggungjawab! Jangan biarkan si dia naik lemak pula.

Jawapan C: 1 hingga 2 – Bertuahnya kamu, si dia tidak kedekut!

Wah, tentu seronok bagi kamu yang memiliki jawapan ini. Kamu pasti bangga dan senang hati bukan? Maklumlah, dapat pula teman lelaki yang pemurah langsung membuatkan hidup kamu kelihatan mudah dan senang. Kamu tidak perlu memikirkan soal wang malah nak mengeluarkan wang juga tidak perlu. Setiap kali keluar, pasti si dia yang akan membayarnya untuk kamu. Apa yang kamu impikan atau inginkan pasti akan cuba ditunaikan oleh si dia. Kamu sangat beruntung berbanding rakan kamu yang lain. Jadi hargailah dirinya dan jangan sesekali kamu berlaku curang mahupun mempermainkan dirinya.


Sumber: Remaja

P/S: Busy busy... :)


12 Comment for "Kuiz Kekasihmu Kedekut.. Check Sini.."

wahh bgs ni... bosan2 ni boleh jugak deqla cuba soalan gini... utk husben pun boleh buat kan? dah dpt jawapannya...hihi.. rahsia... :)

hehehe..oohh si dia tak kedekut..haha

haha..dya xde bf nk buat test ni..haha

Wah info yang best! tak sabar nak test..hehehe

errr..kalau takde kekasih tp nk try jugak cmne ye. hikhik

kalau kedekut, takyah kawannnnn. huhu.

hahahaha..setakat jawab sendiri je nanie..sbb xde boiperen lagi..haha

tak kedekut. kalau kedekut siap la. hehehe.. :)

hehe mmg susah dapat si dia yang kedekut.mujur abe tak kedekut=)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top