Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Musibah dan Kebahagiaan itu Ujian

Assalamualaikum

PUASA merupakan ujian untuk kita. Kita diuji dengan banyak perkara. Kita diuji agar tidak menurut hawa nafsu dan perasaan kita.Kita dihalang daripada melakukan apa yang kita suka. Kita diminta untuk berkorban. Sepatutnya, puasa ini juga menjadi medan untuk kita bermuhasabah diri bahawa kehidupan kita ini adalah satu ujian.



Dalam kehidupan kita, adakah setiap hari yang dilalui membahagiakan? Atau mungkin juga kita merasakan diri kita terlalu malang apabila ditimpa musibah yang tak kunjung padam.Hakikatnya, hidup kita mungkin membahagiakan. Bagaimanapun, kerana ada sesekali kita ditimpa kecewa, kita merasakan bahawa kita satu-satunya individu yang dipilih untuk menanggung ujian yang teruk.Malah, kita memadamkan semua cerita bahagia yang berlaku sepanjang hidup kita.

Orang yang lambat berkahwin misalnya, merasakan bahawa merekalah manusia paling kecewa. Mereka yang tidak mampu memiliki kebahagiaan berkeluarga seperti orang lain.Ini membuatkan kita jarang memerhatikan bahawa mereka yang berkeluarga juga adakalanya sedang ditimpa dengan banyak musibah, misalnya perceraian atau keluarga yang berpecah-belah.

Sebenarnya, inilah yang selalu berlaku dalam kehidupan manusia. Kita membandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih baik. Jarang kita merenung ke dalam diri melihat kelebihan yang kita miliki.Ini telah menyebabkan kita melupakan kebahagiaan yang dimiliki. Pemikiran kita mencari alasan untuk menyatakan bahawa kitalah manusia yang paling mengecewakan.Puasa sepatutnya mampu membuka ruang untuk kita berfikir bahawa setiap hari kita sebenarnya sedang diuji.

Ujian dalam bentuk nikmat

Tidak semestinya dalam bentuk musibah kerana ujian juga adakalanya dalam bentuk nikmat yang membahagiakan. Ia mungkin ujian yang lebih berat kerana kita mungkin tidak menyedarinya.Katakan kita dianugerahkan dengan kebahagiaan yang besar. Pernahkah kita merasa bahawa kita juga sedang diuji? 

Ada segelintir orang kaya yang terlupa haknya kepada orang miskin kerana mereka terlupa bahawa mereka juga sedang diuji.Ada yang berjaya dalam hidup selalu melihat bahawa mereka yang gagal ialah mereka yang malas dan tidak berusaha. Mereka yang berjaya dalam akademik pula adakalanya melihat orang lain sebagai tidak rajin berusaha seperti mereka. Hakikat yang jarang diambil tahu bahawa kejayaan mereka itu mungkin satu ujian yang didatangkan dalam bentuk yang lain.

Semua itu berlaku kerana manusia selalu menganggap bahawa apa sahaja kejadian yang berlaku dalam diri manusia ialah bersebab dengan konsep 'dunia ini adil'. Dalam kata lain, orang yang baik akan diberikan kebaikan dan orang yang teruk akan dibalas seadanya.

Dalam psikologi, ada sekelompok pengkaji berminat dengan topik beliefs in a just world. Kajian-kajian mendapati, tatkala ada orang yang tidak percaya bahawa dunia ini adil, ada pula yang mempercayai bahawa dunia ini adil. Mereka yang percaya bahawa dunia ini adil biasanya cenderung memberi alasan bahawa kegagalan seseorang itu disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri. 

Sebab itu, apabila ada yang yang ditimpa dengan musibah contohnya diragut atau dirogol, kategori manusia yang berpandangan bahawa dunia ini adil biasanya menyalahkan mangsa. Misalnya mangsa telah membawa beg tangan yang mahal atau memakai pakaian yang seksi. Sekiranya ada orang lain yang sakit, mereka akan berpandangan bahawa mereka itu telah tidak menjaga kesihatan. 

Mereka jarang memikirkan bahawa keburukan yang berlaku ke atas seseorang tidak semestinya kerana mereka telah membuat perkara yang tidak betul. Konsep dunia ini selalunya adil telah menyebabkan manusia lambat memberi pertolongan kepada orang lain. Mereka beranggapan musibah yang berlaku ke atas diri manusia semuanya perlu bersebab dengan tindakan buruk individu itu sendiri.

Inilah hakikat dunia. Ada yang diuji dengan musibah. Ada yang diduga dengan kebahagiaan.

Moga puasa ini membuka pintu hati kita bermuhasabah dengan diri dan tidak selalu melihat orang lain daripada sudut pandangan negatif.

Sumber: Kosmo Online

P/S:  Salam 15 Ramadhan

8 Comment for "Musibah dan Kebahagiaan itu Ujian"

Assalam, inilah diri kita sendiri tak pandai nak memerhatikan apa yg ada pada diri sendiri.. Nak buat apa kita nak bandingkan dengan org lain.. Allah Subhana Wa Ta'ala mencipta manusia itu berbeza-beza... tak ada yg sama... Susah senang ingat Pada-Nya jangan sombong bila senang, kelak bila susah baru nak sujud minta itu ini kepada-Nya... Wassalam (^_^)

setuju tu nanie. sebenarnya kebahagiaan & kesenangan tu juga adalah antara bentuk ujian yg Allah bagi kat hamba2Nya. so, think positive. :)

panjangnya penjelasan...rajin nanie.. :)

betul tu, kadang2 tu kita zsedar pun yg belaku itu musibah dari DIA.. cuma yg kita tahu kita je yg malanglah, teruklah..

padahal itu adalah UJIAN DARINYA walaupun ketika itu kita sedang ketawa..

setuju dgn naniey. memang, ujian yg allah beri berbagai bentuknya. tak semua hambaNya diuji. jadi kita diuji, just believe in Allah. something good will come after, insyaAllah. :)

setuju dik
semua dari allah
susah senang .. bahagia .. suka duka
ujian dari allah
dia maha kaya
bila mana dia mahuu akan terjadilah
kita hambanya mampu berdoa agar kuat menjadi hamba yg taat padanya ..
huhuhu sedih kerana masih banyak kelemahan diri yg memang harus di perbaiki

bukan kesedihan sahaja ujian, kegembiraan semua tu pun dari Allah. nice entry :)

bulan puasa ni memang Allah S.W.T turunkan bermacam2 ujian buat kita :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top