Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Manusia Semakin Hilang Kewarasan?

Assalamualaikum

Apa guna manusia dikurniakan akal fikiran tapi sayang sekali tidak mampu berfikir. Waras? Di mana warasnya manusia pabila syaitan mengetuk dan masuk pintu hati dan nafsu menguasai diri sendiri.

Apa perkataan yang lebih teruk daripada bodoh? Aku sendiri tak tahu.. Yang pasti manusia itu tak layak digelar manusia.. Tak layak.. Aku tak layak untuk mempersoalkan tentang diri 'kau'. Tapi yang pasti aku panas hati dengan perlakuan 'kau'. 



Bayangkan kucing yg gemuk, berbulu, cantik, manja, comel, suke digomol manusia, kuat makan, suka gesel-gesel kat kaki manusia di simbah asid ke mukanya.. Dapat tak korang bayangkan?? Dapat tak? If manusia yang disimbah asid masih boleh berkata-kata tapi binatang yg disimbah asid? Macam mane die nk bagitau sakitnye die.. Seksanye die.. Telinga nak tercabut, Hidung tak de, muke da kemek ibarat kepala kucing yg dileyek tayar kereta. Itulah kucing yg ada dirumah mak cik aku..*aku tak snap sbb rasa nk nangis aku tgk. Darah kat kepala die baru je nk kering. Kejadian happen bulan 8 but masa tu mak cik aku dtg tgk cousin aku kat IJN and bile balik kt rumah die and tgk muke kucing tu da hancur. Mak cik aku pun letak la minyak gamat and kucing tu kena kurung. Tpi now da lepas da dari kurungan.

Seriously aku terkejut bile pergi and tgk die punye muke hancur.. Tapi badan masih maintan gemok. Masih boleh makan. Tapi mengiaww.. Aku tak pasti. Siapalah manusia durjana yg buat kat kucing tu. Mcm tettt betul. Makin hari makin banyak kekejaman dilakukan ke atas binatang. Manusia semakin hilang waras dan perikemanusiaan. Kucing disepak diterajang dan ada yang di bakar, diseksa. Kau bukan serial killer pun nak act like that.. 

Ada jugak jenis perempuan yg suke sepak terajang kucing. Eee sumpah aku rasa lelaki yg amik perempuan ni aweks mmg pandir la kau.. Penyayang jadahnye. Ngan kucing pun kau sepak terajang. Bile da beranak, anak plak yg kena sepak terajang. Apa punye perempuan la. Buruk yang amat!!

Semalam aku nampak gmbr ni kat Pages Skuad Bola Sepak Malaysia.. 

Ya Allah, siapakah pelakunya ni? Aku rasa nk hempuk je kepala orang yg buat ni kat dinding even aku tahu aku tak berdaya tapi tenaga yg disimpan bawah sedar buat manusia itu kuat. So, beware.


Sikap manusia semakin hari semakin menakutkan. Sumpah menakutkan. Belum lagi yang 'simpan dlm' main cara halus. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada segala malapetaka dan lindungilah kami dari dizalimi oleh manusia yang kejam. Amin Ya Rabb. 


P/S: Ramai manusia semakin 'sakit' moga kite tidak 'sakit' seperti mereka.
P/S/S: Rindu nk bermesra nk Opoq



Tag : emovere
11 Comment for "Manusia Semakin Hilang Kewarasan?"

eee...knape jahat sgt org yg buat niii..:(

walaupun bukan pecinta haiwan tapi tak sanggup buat mcm.. sepak pun tak sanggup.. apalah manusia ni

skrg ni manusia dah kurang belas kasihan.. kejamnya !

subhanallah kucing yang tak bersalah dibuat begitu..sangat sedih..

YaALLAH..nangis nur baca ni nani..teringat bulat dekat rumah..! siannyaa..! kucing tu binatang kesayangan Rasulullah..!

Kalau rasullullah masih hidup, rasanya terbela kucing2 di luar sana..

sapelah yg kejam sgtkan..sbb inilah salah satu kenapa nur xlepaskan bulat keluar rumah..

takut atas kekejaman manusia... depan mmglah baikkan.. belakang..? siapa tahu..?

kejam betul..apa slaah kucing tu sampai buat mcm t..manusia skrg ramai tak berhati perut..

pemikirian diluar batasan keperikmanusiaa. tidak memikirkan perkara lain.emmm..

hampir menitiskan air mata! deqla paling x sggp baca kisah sedih mcm ni! penganiayaan terhdp haiwan kesygn nabi.. mmg xleh terima la..hukhuk..deqla sgt2 sygkan kucing! pasti ada balasan utk org2 kejam mcm mereka!!

kejamnya .. boleh ke lau wa nak bakar je org tu? huhu tp nanti wa plak org cakap kejam. biar lah padan ngan muka dia buat binatang camtu. :'(

masyaAllah..xtaw nak ckp apa jenis manusia yang buat mcm tuu..:'(

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top