Apakah sebenarnya khasiat kismis? Adakah khasiat kismis hanya terhad untuk menajamkan minda sahaja? Ayuh kita ketahui 5 khasiat kismis yang perlu kamu tahu.

1.Snek Menajamkan minda. 

Apa kata kamu jadikan kismis sebagai snek, menggantikan gula-gula yang biasa kamu makan? Ini kerana, kismis merupakan buah kering yang membekalkan gula semulajadi iaitu gula fruktosa yang mudah ditukar kepada tenaga, untuk tubuh. Gula ringkas ini dapat membantu dalam menajamkan minda, meningkatkan daya tumpuan dan daya ingatanmu.

2.Antioksida

Seperti aprikot dan prun, kismis juga merupakan agen antioksida yang baik. Ia berkhasiat dalam melindungimu daripada terdedah dengan kerosakan sel tubuh serta serangan penyakit seperti demam dan selsema.

3.Kesihatan Mata

Kismis sebagai agen anti oksida dapat melindungi matamu dari radikal bebas seperti katarak dan kemerosotan daya penglihatan disebabkan lanjutan usia. Selain itu, kismis juga kaya dengan Vitamin A, serta Beta Kerotin yang baik untuk kesihatan mata.

4.Gigi sihat

Pasti kamu merasa melekit dan manis apabila mengunyah kismis bukan? Walaupun kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi, namun ia tidak merosakkan gigimu. Malahan, Asid Oleonolik  yang terkandung dalam kismis dapat menghalang pembiakan bakteria dalam mulut yang boleh menyebabkan masalah gigi seperti kaviti.

5.Menguatkan tulang

Kismis dapat menguatkan tulang kerana ia adalah sumber boron yang baik. Boron dapat membantu khususnya wanita dalam mencegah masalah Osteoporosis, iaitu penyakit yang membuatkan tulang lemah dan rapuh.

Ok esok nak cri kismis la. Kudapan baru selain dari cabbage salad, yogurt,cereal, granola bars. :)

Sumber: Remaja


P/S: Sebut kismis ingat kat Kismas (Christmas) and pelakon wanita (Kismah)