Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Resepi: Sup Sayur Berkrim

Assalamualaikum

Semalam baru je up [Resepi Kek Marble] and hari ni satu lagi resepi aku nk up iaitu Sup Sayur Berkrim.Suka sayur? Tak tahu nak masak macam mane lagi? Jom try Sup Sayur Berkrim ni.





Bahan-bahan 
  • 1 tin Cream of Chicken Campbells
  • 1 biji ubi kentang di potong dadu (guna sebiji sebab aku sorang je makan)
  • 3 batang saderi
  • 1 mangkuk kecil cendawan hiris kering
  • 1 cawan air
  • Sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara
  • Masukkan cream of chicken bersama dengan satu cawan air ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. 
  • Bila sup tadi da mendidih masukkan ubi kentang and masak hingga kentang empuk
  • Masukkan serbuk lada hitam dan kacau. 
  • Masukkan cendawan hiris kering dan batang saderi.
  • Sedia untuk di makan. 



Rupenye mcm ni la bile da masak. Banyak [khasiat batang saderi] ni tau. Aku ingat nk buat [jus epal saderi] tapi tak de blender. 


Kalau ikut resepi asal namenye Sup Sayur dan Ayam. Tapi aku mane ada letak ayam. Dlm resepi asal they put halia,bawang putih, bawang merah and also bawang goreng. Aku mane ada benda ni semua. :) So aku ubah la sikit. Jadi namenye pun berubah!! 

Selamat Mencuba

P/S: Batang Saderi ada lagi tapi tak tahu nak masak apa.   

20 Comment for "Resepi: Sup Sayur Berkrim"

boleh jadi resipi ringkas utk diet nie.. ^_^

wahhh lemak berkrim nmpknye tu....

yang natang tu zera paling takut nak makan. sbb?

hijau dia macam pahit. hehe.

memey nampak berkrim..!
hirup panas2 pun sedapkan.. :)

tapi nur tak boleh mkn cendawan..angin..!huhuh

Sedapp nyeee..
x pernah buat dan x pernah tengok..

nyum..nyum..nmpak memang berkrim..=)

husna suka saderi..tp kat sini kedai2 biasa susah nk dpt..huhu..

terus lapar tgk. selalu mkn saderi dalam sup @ tomyam je. huhu..

nampak mcm sedapnya... mmg nmpk berkrim :-)

peahh,nampak sodap,kalu mkn lagi sodap.

Hi dear! Wah best entri ni! ^^ Jom singgah saya pula.. http://www.aimisyahirah.com/2012/11/me-as-gypsy-girl-in-urban-street.html

wah sedapnya! deno dah la suka sangat kalau sup2 yang ada krim ni.. paling suka sup cendawan... haaaaa... nanti boleh la deno cuba sup sayur krim ni... tenkiu for this recipe :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top