Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Fitness: Squats Tanpa Beban

Assalamualaikum

Hari ni nak share cara untuk melakukan squats dengan betul. Squats dpt firms kan kite punye lower body dengan cepat. 

Squats merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan for tighthen and tone lower body . Ianya merupakan senaman yang terbaik untuk menghilangkan selulit. Mesti benci kan tgk selulit. Selain itu, squats juga akan meningkatkan kekuatan, keseimbangan dan kepadatan tulang serta meningkatkan paha dalaman dan luaran, betis, punggung pada masa yang sama.

Apabila melakukan squats, adalah penting untuk mengetahui teknik mencangkung(squat) yang betul bagi mengelakkan belakang yang lebih rendah dan kecederaan lutut. Dengan melakukan squats, kalian dapat-
  • Membakar lemak
  • Ketatkan kaki,
  • Membina keseimbangan,
  • Menjadi lebih fleksibel,
  • Menghilangkan selulit,
  • Membina otot lebih,
  • Meningkatkan postur anda,
  • Mengukuhkan lutut anda,
  • Mengekalkan tulang yang lebih kuat,
  • Dan meningkatkan kekuatan kaki.

Langkah-langkah untuk melakukan squats dengan betul.



1. Warm up dulu 5-10 minit before squats. 

2. Berdiri lurus dengan lutut dlm keadaan santai, kaki di lebarkan sedikit. Lipat tangan anda seperti dlm gmbr di atas dan tarik nafas

3. Bengkokkan lutut anda, sengetkan pinggul anda ke belakang dan rendahkan badan kalian perlahan-lahan  seperti anda hendak duduk di kerusi. Panjangkan lengan anda untuk membantu mengekalkan keseimbangan. Tahan nafas anda dan kemudian berdiri semua .Anda akan merasa otot anda dlm keadaan penguncupan yang ketat (tight contraction)

4. Matlamat anda adalah squats down hingga peha anda selari dengan lantai tetapi jangan biarkan belakang anda jatuh hingga bawah paras lutut dan lutut anda ke hadapan melebihi jari kaki anda. 

5. Angkatlah perlahan-lahan  badan dari mencangkung dengan menolak dengan tumit anda dan hanya menggunakan kekuatan kaki anda. Berada dalam keadaan terkawalan dengan menjaga otot abdomen yang ketat dan belakang anda yang lurus. Exhale as you rise. 

6. Buat 3 set yang mana setiap set lakukan 10-15 squats. Means total squats adalah 45 squats. Untuk mengekalkan kadar naik turun ketika melakukan squats, count to 3 ketika turun dan 3 ketika naik. 

7. Setelah selesai melengkapkan set anda, strecth urat pelipat lutut (hamstrings) dan quadriceps anda. Lakukan 30 saat pada setiap regangan. 

Tak faham jgk tgk video ni..

Selamat mencuba.. Ingat, salah teknik leh cedera ye.. :) But it's great peeps!!

Katarsis: Kadang bile dtg mood gile nk workout fuh memang semangat gile sampai kul 11 mlm pun leh workout. Adehh.. Tapi bile malas tu, susah mau ckp la kan. But I love it.. Sebab rasa badan ringan sgt. Nanti aku share video yang aku selalu guna utk workout. It's good utk orang yg tak nak flabby arms. Tpi tendency perempuan utk ada flabby arm tinggi. Arghhhhhh.. Tidak!!!!!!!!!!!!  One more thing, pasal bontot palsu tu nnti aku up entry nye. Hehe..Suke baca komen kalian. :)

P/S: Nak butterfly machine!!!!!



20 Comment for "Fitness: Squats Tanpa Beban"

wahh rajinnya nani..bagus..ayu ni lama dah x excercise..stkt ln kat ofis ja.haha

nani! nani ! help! help! salah teknik cedera nih! adeh adeh

konfem sekejap je tahan kalau cikna buat. lama sgt tak exercise. huhu..

owh..ni la nmanya squats..
boleh try lpas nih..=)

dah try tapi buat sekejap je...xlarat..heheee

Haha. Xde bgusnye ayu. Time bersemangat waja bleh la. Time xde mood nk paksa pun xleh. Nasib ari2 jln kaki n naik turun tangga :)

Patah ble cedera kak intan. Abis lutut .. Heee

Nani xleh buat byk set squats ni. So kna mix ngn bridge n lunges. Bru ok. Hehe. Xpe buat exercise lain chic na

Buat slowly. Jgn buat byk set terus miza. Mmg sakit la esok pagi after bgn :)

nanti nak trylah..
tapikan, selalunya malas...huhuhuhu

Hehe... Buat keje rmh pun exercise jgk. As long as keluar peluh :)

Hehe. Betul tu. ble malas menguasai diri emm mmg tak leh ckp apa la..

Hikhik..kalo deqla buat ni mau terkentut..haha

nak wat jgk la..kempiskan perut..hehe..

http://n-nanie.blogspot.com/

jln2 cni...

sakit woo nk buat squat nih...hehe

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top