Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Penyakit Kelamin

Assalamualaikum

Hi gegirls cun melecun sekalian.. Berapa ramai yang tahu tentang penyakit kelamin. If siflis dan herpes tu aku rasa famous and selalu dibincangkan kat sekolah kan. Tapi, penyakit kelamin yang lain macam mane plak? Aku pun hanya tahu pasal siflis dan herpes. Tu pun sbb kena amik tahu kot-kot la masuk soalan Pengajian Am kertas 2 laras sains kan. Bagi yang tak tahu termasuk diri aku sendiri, meh tambah ilmu tentang penyakit kelamin kat bawah ni. 

Usia yang muda bukan bermakna kamu sudah boleh rasa diri sentiasa selamat dari penyakit-penyakit kelamin. Ada kalanya penyakit tidak kenal usia dan seharusnya sewaktu usia muda inilah kamu harus mula menjaga agar terhindar dari sebarang penyakit kerana menghindar penyakit itu lebih baik dari merawatnya. Berikut adalah antara penyakit kelamin yang perlu kamu tahu! Jom semak.


1.Chlamydia
Penyakit ini disebabkan oleh bakteria yang boleh menyerang serviks dan vagina. Menyebabkan rasa panas atau seperti terbakar. Sekiranya agak parah ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Penyakit ini banyak menyerang remaja.
Gejala: Rasa sakit ketika buang air kecil dan vagina mengeluarkan cairan yang tidak normal, Kadangkala mengalami sakit perut, sakit bahagian belakang, pening kepala dan demam.

2.Genital Warts / Human Papillomavirus (HPV)
Bila warts atau ruam tumbuh di daerah kemaluan sekiranya didiamkan boleh menyerang daerah serviks, vulva dan sekitar vagina. HPV boleh berjangkit bila berhubungan seksual, oral seks dan paling mudah untuk berjangkit. Penyakit ini mudah disembuhkan tetapi mudah juga untuk datang kembali.
Gejala: Tumbuh seperti ruam kemerah-merahan di daerah kemaluan

3.Hepatitis B
Penyakit yang berpunca dari virus ini boleh mempengaruhi masalah pada hati. Virus ini juga boleh disebarkan melalui air liur, air mata, hubungan seksual dan pemindahan darah. Oleh itu, hati-hati jangan sesekali berkongsi memakai alat cukur, berus gigi dan jarum suntik.
Gejala: Ciri-cirinya kekurangan tenaga, hilang nafsu makan, mual, muntah, kulit dan mata menguning serta air kencing berwarna gelap.

4.Molluscum Contagiosum
Sejenis jangkitan kulit yang ringan. Penyakit ini sering berlaku akibat hubungan seksual. Menyerang bahagian kemaluan, perut bahagian bawah, punggung dan paha sebelah dalam. Dalam beberapa kes ia juga menyerang bibir dan mulut. Waktu terkena jangkitan 1 minggu hingga 6 bulan.
Gejala : Gatal-gatal dan bahagian yang gatal akan berbentuk seperti bulatan dan warnanya keputihan. Ada juga yang gatalnya teramat sangat hingga mengganggu aktiviti kamu.

5 .Trichomoniasis
Penyakit yang disebarkan akibat hubungan seksual. Disebabkan oleh parasit iaitu trichomoniasis vaginalis. Jika lelaki, ia akan menyerang kemaluan dan uretra. Manakala perempuan, ia menyerang kemaluan terutama vagina. Penderita trichomoniasis sangat berisiko terkena HIV juga.
Gejala: Vagina mengeluarkan bau dan cairan berwarna kelabu atau kekuningan yang tidak normal, gatal dan saat buang air kecil terasa terbakar.

6.Genital Herpes
Penyakit menular ini disebabkan oleh virus. Penularan terjadi akibat hubungan seksual dan oral seks. Menyerang bahagian kemaluan.
Gejala : Jangkitan dan gatal di kulit disertai melecet yang berair.

7.Gonorrhoea @ Siflis
Penyakit ini disebabkan oleh bakteria yang menular dari hubungan seksual. Bakteria yang menyerang serviks , uterus, rektum, vagina dan kerongkong.
Gejala: Sakit di bahagian vagina ketika buang air kecil terasa terbakar, kejang dan pendarahan. Ada sesetengah kes yang serius terjadi pembengkakan.

Da baca? Harapnya tiada tanda-tanda mcm diatas, jika ada, better pergi check up dgn doc. Nampak biasa tapi serangan virus-virus tu amatlah bahaya dan mungkin menganggu sistem genital/sistem peranakan. 

Sumber: Remaja

P/S: Topup ilmu tentang kesihatan !! 



23 Comment for "Penyakit Kelamin"

takutnya harap dijauhi segala penyakit.huhu

takutnya baca..bahaya juga penyakit ni..

bila baca, rasa takut..!
kalau ada tanda2 ni cepat2 la dapatkan rawatan kan..

thanks dear share info nih..takut nya baca...minta dijauhkan

wahh..info bagus nih..=)

boleh topup ilmu husna juga..=D

mmg bahaya penyakit kelamin ni.. akak ada gak baca..

Sama2 kak. Skdar brkongsi apa yg nani baca td :)

Mcm2 jnis pykit skg Ayu. Dri yg biasa hingga yg luar biasa. Kna amik langkah brjga2. Tkut !!

Tu la. Kdg terlps pndg pasal ni duk fokus yg kronik2 tuh

Hrp xde la kan nur. Aameen. Mintak jauh.

Sma2 kak intan. Nk xnk kena amik thu. Jdi kite sentiasa berjga2 :)

Setiap hari wajib topup ilmu even skit :) hehe.

Nani pnh bc tp cume thu pasal herpes n siflis je. Xthu lak ada yg lain2 :)

ok... baru tahu.. selama ni sikit2 je tahu.. thanks info :)

bila dh bce smpai hbs jd tkut pula dgr..huhu..
ape2 pn tima ksih ats info berguna ni. :) jmput la dtg lawat blog saya ye klu nk taw info fotografi n kish hdup sy.hehe. done folow u. ^_^

thanks berkongsi pengetahuan. prevention is better than cure.

Kna byk berhati2 n menjaga kebersihan selalu..teruk gk bunyinya.

Haishhh bykye penyakit dlm dunia ni...

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top