Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Saya Insan Biasa

Assalamualaikum

Mcm mne nk start this entry pun tak thu.. Saya cube sedaya upaya tidak menyakitkan hati orang lain sebab saya tahu sukar utk pergi mintak maaf menghadap muka berjabat tangan. Saya jugak sedaya upaya utk tidak berasa sakit hati sbb nanti sian kat orang nk kena mintak maaf ngan saya. Eh? Sakit hati? Memang sakit sebab tak dapat saya nyatakan bagaimana perasaan saya sekarang. Tapi jika sakit hati syaitan yang bertepuk tangan sebab berjaya membuat saya memusuhi saudara saya sendiri. SAUDARA ISLAM. Jadi tak nak la sakit hati, nak melenting semua ni kan. So saya senyum je.. Walaupun jantung berdengup kencang dan terasa sakit. Tapi apakan daya saya manusia je. Tak mampu nak jaga hati semua orang. Yg pelik bile orang yang tiada kena mengena dengan hidup saya muncul tiba-tiba. Adehh.. Kenapa ye? Barangkali Allah hantar dia untuk menguji sejauh mana saya mengawal keadaan sebegini dan Allah tahu hambaNya yang satu ni (saya) seorang yang baran dan mudah melenting. Dua puluh lima tahun saya di muka bumi ni macam-macam orang saya jumpa. Ada yg jenis tikam belakang, ada yang jenis hipokrit, ada yang baik dan sentiasa memberi sokongan dan mcm-mcm la. 

Alhamdulillah terima kasih sebab Allah masih beri peluang hidup untuk bernafas lagi hari ni, Alhamdulillah saya reda dengan ujian yang mungkin menyentap hati saya seketika. Tapi saya tak kan tewas dengan syaitonnirrojimmmm.. Dulu mungkin saya mudah melenting. Childish. Benda simple pun nk diperbesarkan. Walhal banyak lagi benda yg lagi besar yang perlu saya fikirkan daripada benda yang kecik yang mendatangkan dosa. Saya dulu lain dan saya pada hari ini lain. Alhamdulillah.. 




Sabda Rasulullah S.A.W
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap perkara yang baik atau diam - Riwayat Bukhari &Muslim

Sabda Rasulullah S.A.W
Iman seseorang hamba Allah tidak akan lurus sebelum hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sebelum lidahnya lurus.- H.R Ahmad

Rasanya kita yang da besar ni dapat berfikir sebelum melontarkan kata-kata yang mungkin menyakitkan hati orang lain. Kenapa wujudkan permusuhan sesama Islam dan bukankah indah andai jalinkan perhubungan sama-sama tingkatkan diri ke arah yang lebih baik? 

Saya berblog untuk berkongsi apa yang saya lihat, apa yang saya rasa. Saya kongsi apa yang perlu dikongsi. Mungkin ada yang tak tahu. Janganlah menghina penulisan/perkongsian orang kerna itu adalah sikap orang yang sombong dan angkuh. Masya Allah.. Harap penulisan entri saya sebelum ini tidak menyinggung mana-mana pihak. Jika ada sila nyatakan dan saya sedia memberi penjelasan. Saya da penat nak layan orang-orang yang komen berbaur childish. Bersikaplah matang! 

Orang kampung, Orang Bandar, mati masuk kubur, dikapankan, ditalkinkan dan tak de beza di sisi Allah S.W.T. Saya sgt berbeza dengan awak Eja.. Jauh bagai langit dengan bumi. Awak yang sgt modern and while me kampung girl je.  Hope awak tak singgah kat blog perempuan kampung ni lagi. Assalamualaikum... 

Ya Allah, lapangkanlah hatiku dan mudahkanlah urusanku, lancarkan lisanku agar mereka mengerti perkataanku. Aameen

Terima kasih sebab saya ada family dan Lurviey yang sentiasa ada untuk saya dan menyokong dan menasihati. Lurviey yang tak pernah jemu nasihat dan memberi teguran. Alhamdulillah. Terima kasih juga sebab saya dikurniakan kakak-kakak, adik-adik, kawan-kawan di alam maya yang sgt supportive. Terima kasih kalian.. =)

Kite tak boleh expect semua orang suka kite sbb kite pun bukan suke semua orang. Jika tak suke tak perlu nak mengata, mengutuk. Buat tambah dosa je. =( 

P/S: Tak sabar tunggu casing dari Yui =) 
P/S/S: Terasa sopan bile guna perkataan saya. Permulaan yang bagus? 


0 Comment for "Saya Insan Biasa"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top