اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Setiap orang pasti mengimpikan berat badan yang ideal bukan? Namun,
untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan itu bukanlah satu yang
mudah. Oleh itu, jom kita pelajari lima rahsia yang perlu kamu ketahui
ketika menurunkan berat badan.
1) Menahan lapar bukanlah segalanya!
Kamu perlu tahu, teknik ‘berlapar’ bukanlah teknik yang betul untuk
kamu menurunkan berat badan. Cuba aturkan sesi pemakanan kamu dengan
menggunakan pola yang betul dan seimbang.
2) Elakkan daripada menimbang!
Jika kamu kerap menimbang sepanjang kamu sedang berdiet, ia akan
menyebabkan kamu cepat berputus asa dan kecewa sekiranya berat badan
kamu mengambil masa yang lama untuk turun.
3) Pasang Sasaran
Sekiranya kamu mempunyai niat tapi tidak mempunyai sasaran, ada
kemungkinan segala niat kamu untuk menurunkan berat badan boleh
terbatal. Jadi, untuk menjayakannya kamu harus memasang sasaran mengikut
kemampuan diri. Contohnya seperti sebulan kamu perlu menurunkan
sekurang-kurangnya lima kilogram.
4) Banyakkan minum air putih
Ramai yang beranggapan kerap minum air akan menyebabkan water retention.
Namun, jangan terkejut kerana air sebenarnya mampu membantu kamu
menurunkan berat badan! Ini kerana air bukan sahaja berfungsi untuk
membuang toksin dalam badan malah ia juga dapat membantu kamu daripada
terlebih makan. Tapi harus diingatkan! Tidak bermakna kamu harus kerap
minum air manis. Takut-takut penyakit lain pula yang datang.
5) Rajinkan diri kamu!
Tiada guna kalau kamu hanya ‘mengikat perut’ sahaja. Jadi
rajin-rajinkanlah diri untuk bergerak dan mengeluarkan peluh. Teknik ini
pasti akan mempercepatkan proses pembakaran lemak-lemak tepu yang
terkumpul dalam badan, selain dapat meningkatkan kadar metabolisme kamu.
Sumber: Remaja
Katarsis: Asal senang je saya tengok cara nak turunkan berat badan ni? Hehe. Tapi saya mengerti 'perjuangan dan pengorbanan' orang yang turunkan berat badan ni. Ada jugak yang amalkan diet yoyo. Tapi yang penting sihat. Iolls ni da tahap nk putus asa da nih sebab da lama tak workout. Sebulan lebih daaaa.. Huarghhh... Konon semangat kejap je nak gain weight lepas tu kelaut semua.Teringat kata mak cik yang jual tom yam kat section 14, kalau da kahwin nanti gemok la.. Adess.. Then I keep rationalizing in my mind 'gemuk kurus bukan ukuran, yang penting sihat' . Kan kan kan....
P/S: Auto publish.
14 Comment for "Rahsia Turunkan Berat Badan"
Say No to kurus.....
Hehehhehehe...
sungguh..nk diet pon kena lar workout jugak kan..=)
nak turunkan jugak berat badan.. huhu.. betul, tengok cara kat atas memang senang. tapi, nak buat tu macam..eerr.. hihihi
kak ina rs kan, ianya bergantung pada genetik kita gak... mcm kak ina, sblm kawen, org kata gak lps kwen mesti gemuk tp xjugak.. sbbnya mmg genetik fmily ramai yg kurus n tinggi...
rasanya naniey pun cam kak ina gak.. xgemuk pas kawen.. hhehe
zera rasa ok dgn berat yg sekarang. :))
fara ta suke diet , sebab asal nak diet jew lupe , hahahha
pcl singgah sini , ..utk jaga kesihatan dan mentain berat ikut BMI , sy jogging 3 kali dlm seminggu dan makan ikut aturan yg tetap, yg penting disiplinkan diri.
t.kasih dgn perkongsian entri ini.
tgk menimbang tu mmg boleh bikin putus asa ooo..hihihi....
*ade pengalaman..hihih
Deqla nk gemok...hihihi...tp biar sesuai dgn kependekan deqla lerr...hahaha
miza akan cuba praktikkan :)
ok dh belajar 5 rahsia utk turun berat badan..tengs sharing nani :-)
baik bos! hehehe..info ni kak ntan suka..nani..kak intan dah debab alek la..:(
bab menimbang mmg jarang
kita yg kurus ni kira untung jugak la kan. hihi.. betul betul.. yg penting badan sihat. :)
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)