اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Update Terkini 7ptg [Taufan Sonamu: Langkah Berjaga-jaga]
Tengah malam buta terlihat status tentang Taufan Sonamu yang bakal melanda Malaysia, khususnya pantai timur.. Mata yang mengantuk dan hampir lelap terus segar. Saya mencari kepastian di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia.
Di petik dari MMD.
DARIPADA: | PUSAT RAMALAN CUACA, JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA |
|
TARIKH: | 06 Januari 2013 | |
Our Ref: | JMM.RML06/599/46/ Jld22 (67) |
Nasihat Ribut Tropika Di keluarkan pada 08:52PM 06 Januari 2013 |
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.
Maklumat ini pula di petik di e-press Jabatan Penerangan Malaysia
KENYATAAN AKHBAR SETIAUSAHA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA : AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG
PEN: 1/2013/1 (MKN)
PEN: 1/2013/1 (MKN)
Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media seperti berikut:-
KENYATAAN AKHBAR
SETIAUSAHA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG
5 Januari 2013
1. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan lebat akan
berlaku di antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri-negeri Kelantan,
Terengganu dan Pahang ekoran daripada angin kencang dan laut bergelora
yang sedang berlaku di Laut China Selatan. Keadaan hujan lebat dijangka
akan berlaku yang mana boleh menyebabkan risiko berlakunya episod banjir
di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Keadaan laut juga dijangka
bergelora dan situasi ini akan menyebabkan keadaan bahaya di laut dan
persisiran pantai.
2.
Sehubungan itu orang ramai terutamanya nelayan adalah dinasihatkan
supaya tidak melakukan aktiviti di laut dan lain-lain aktiviti di
kawasan persisiran pantai.
3.
Orang awam terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan yang sentiasa
dilanda banjir perlu berwaspada dengan amaran keadaan hujan lebat ini
dan dinasihatkan membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan
berlakunya banjir. Sekiranya diminta oleh pihak berkuasa untuk
berpindah, orang ramai dinasihati untuk mematuhi arahan dan tidak
menunggu di saat-saat akhir kerana ia boleh mengundang kejadian yang
tidak diingini berlaku. Adalah dinasihati juga supaya orang ramai dapat
membawa bersama dokumen-dokumen penting dan keperluan asas peribadi
semasa berada di pusat pemindahan.
4.
Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, orang
ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan
sewajarnya semasa kejadian banjir.
5.
Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pengurusan bencana telah
membuat persiapan dan diletakkan di dalam keadaan siap siaga bagi
menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian banjir.
6.
Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan situasi semasa boleh
diperolehi di laman sesawang http://www.met.gov.my dan
http://portalbanjir.mkn.gov.my.
Just saw somebody tweet Pantai berhampiran Pantai Batu Buruk dah banjir and student dah kena pindah dan polis sedang mengawal. Let's pray!!
Walaupun hanya AMARAN dan RAMALAN, kita hruslah berjaga-jaga serta berdoa kepadanNya. Hanya Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Kun Fa Ya Kun!
|
15 Comment for "Taufan Sonamu Di Ramal Melanda Malaysia"
Moga ALLAH lindungi kita semua dan Moga semuanya dalam keadaan selamat dan terkawal....
Aaminn..!
semoga semuanye selamat esok...amin :)
insyaAllah selamat..~
insyaAllah selamat..~
semoga Allah melindungi kita...amin..
moga kita semua dilindungi dari bencana ini..
semoga kita dilindungiNya
Mudah2an kita dilindungi yang Maha Esa....
Insyaallah.....
Nauzubillah. harini mmg berangin2 je. maybe kat pantai lg kuat anginnya.
semoga kita semua dilindungi... deno pun risau.. skrg kat KT cuaca pu mendung je.. angin pun kuat semacam..
p/s: naniey, nape ya blog nani mcm lambat loading.. biasanya mesti jadi hang bila deno buka blog naniey...
Buat masa ni Pantai Batu Buruk, cuaca terang jer tak nampak tanda tanda nak hujan. Semoga berkekalan. Ada hospital kat sini. Minta Allah melindungi kawasan ini... insyaAllah.
berita baru..amek langkah berjaga-jaga..mohon kita semua di bawah lindunganNya..Ameen~ =)
Moga ini sekadar ramalan...moga kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T..Amin!
harap2 ramalan ini tidak benar.. semoga kita dilindungi Allah
moga semuanya dilindungi
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)